Friday, March 16, 2012

... :: MUHASABAH DIRI :: ...









Assalamualaikum wbt... :)


Sobahal kheir...
Moga-moga ceria dan sihat-sihat selalu sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.. ^____^


Hari ini, post menarik bagi ana ! ;))


Baca - Hayati 


** SEBENARNYA, YANG KAT BAWAH NI, ANA CUT AND PASTE JA ^_*
TAPI, MAAFLAH KEPADA TUAN EMPUNYA CERITA INI SEBAB ANA DAH LUPA CILOK DIMANA POST INI. POST NI DAH LAMA TERSADAI DALAM DRAF BLOG INI.
ENTAH SIAPA YANG PUNYA. MAAF LAGI SEKALI YA. HIHI. **




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




JOM BACA !!
SANGAT POWER !!




Petang semalam terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak merangsang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru kulihat.

Aku mula bermonolog.. Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku BUNGA idaman para mujahid...Bunga idaman AGAMA! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.










wallahua'alam




SOLLU A'ALA MUHAMMAD ^_____^

Thursday, March 15, 2012

< L.O.V.E >





" Akak . .. Akak pernah jatuh cinta? "
Auni agak tersentap dengan pertanyaan adiknya,Auji yang satu itu.
Terkejut kerana dalam banyak pertanyaan dari adiknya yang sememangnya kaki tanya, tak pernah dia diajukan soalan itu.






APESAL TAK LEH NAK LETAK KAT LAIN? =.='




'Ya.. !! Adik aku sudah pun remaja ! Pertanyaan sebelum-sebelum ini memang jelas terlihat ketidakmatangannya. Memang patutlah.. Tu masa umurnya 5 tahun... Soalan pun merapu-rapu.. Sekarang, dia sudah pun genap 15 tahun . ..

" Kak .. . "

" Er... Er... Hmm.. Kenapa dik? "

Sambil tersengih-sengih, Auji menjawab, " Tak adalah. .. Cuma nak tahu aje macam mana orang yang sedang jatuh cinta.. "

Aku tersenyum. Penuh makna. Merenung tajam mata bening adikku. Mengintai ketulusan jawapan yang diberikan adiknya itu.

" Kenapa akak ni? Janganlah tengok adik macam tu. Adik tau lah adik lagi comel dan cantikkk pada akak . " Alih adik..

" Huh. .. Dikkkk... Janganlah nak berdalih dengan akak tau.. Akak dulu makan garam pada adik ni.. Adik jatuh cinta dengan seseorang kan? " Duga aku dengan senyuman penuh di bibir.

" Er... Er.... Tak adalah akak..... "

Aku diam. Ingin melihat reaksi adikku seterusnya.

" Hm... Yalah... Yalah.... "

' Yes! Akhirnya, adik aku mengaku juga ! Hehehee ! ' Getus hatiku.

" Haaaa... Kan akak dah cakap... Memang adik ada jatuh hati dengan someone kan... You never ask me that kind of question before this ... "

Tersipu-sipu malu si Auji.

" Dik... Cinta memang tak salah.. Allah memang anugerahkan perasaan tu pada semua hambaNya... Tapi,tak bermakna kita boleh sesuka hati nak guna anugerah Allah tu.. " Senyum aku.

" Habis tu? " Soal Auji.

" Kita kena pandai membahagikan dan meletakkan cinta itu betul pada tempatnya. Zalim kalau kita tersalah tempat. 

" Nah... Tengok lukisan akak ni...Khas untuk adik.... "





LUKISAN YANG CHUMMMIIL ITU SEPATUTNYA ADA KAT SINI,
ASIF JIDDAN.
TAK TAHU KENAPA DAN MENGAPA TAK BOLEH DILETAKKAN DI SINI.
SO, BILA BACA SAMPAI PART NI, NAIK SEMULA KE ATAS YA?
HIHI...
UNTUK TENGOK GAMBAR CHUMMMIIL ITU.
(APAKAH? ;p)



Auji melihat pada lukisan yang sebenarnya peta minda.

" Adik dah sempurnakan cinta-cinta pada semua saluran yang lain tu? Adik, seelok-eloknya kita bercinta dengan pencipta kita dulu.. Solat... Puasa... Buat ma'aruf...Tinggalkan mungkar.... Kemudian, salurkan cinta kita pada para anbiya'.... Seterusnya, pada ibu bapa... Ibu bapa ni ada bahagian dia juga.... Ibu bapa yang sememangnya ibu bapa kita... Itu satu...Lagi satu, ibu bapa goes to guru-guru..... Taatlah pada mereka... Kemudian, pada keluarga.... Adik beradik... Nah... Akak tak pernah dengar pun adik cakap " I LOVE YOU , SIS! " kat akak! Sedih tau. ... *

" Hm... Sorry kak... I LOVE YOUUU. SIS ! Mmmuuuaaahh...! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



P/S :::: Watak kakak dan adik di gunakan disebabkan biasanya hal-hal berkaitan hati, sesetengah dari kita malu nak kongsi dengan orang tua ;)





* PASTIKAN KITA SALURKAN CINTA KITA PADA YANG LAIN-LAIN ITU DULU, BARU LAST SEKALI FIKIRKAN YANG TERAKHIR ITU *
 






SOLLU A'ALA MUHAMMAD

Seceria Jumaat ^__^



Assalamualaikum... :)

Nah....
Bestnya pagi ni....
Ceria sangat....
* Suka tengok awan biru di pagi hari *



' Gambar ni masa musafir ke Kelantan - Negeri Serambi Makkah '



Hm....
Hari ini, hari apa anak-anak? ;)

Ya!
Hari ini, hari Jumaat.... ^____^
Jumaat yang indah seindah kelebihannya.
(Kelebihan Jumaat, insyaAllah pada Jumaat akan datang akan dipostkan,ya)


Ana cuma nak sentuh mengenai bacaan Surah apakah 
yang disunatkan atau banyak dikaitkan dengan hari Jumaat dalam beberapa hadith
untuk kita membacanya pada hari Jumaat. :)




::::::: Surahnya ialah :::::::


Surah Al-Kahfi


:: Kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ::

::: Daripada Abu al-Darda' bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."

- HR. Muslim 809


::: Abu Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka Allah terangi ia dengan cahaya antara dua Jumaat."

- HR. al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan Albani


::: Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W., Baginda bersabda yang maksudnya:

" Barangsiapa membaca Surah alKahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."

- Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355


SO, JOM baca Surah Al-Kahfi !

^__________^






p/s : KEPADA SEMUA MUSLIMIN, SILA OFF-KAN LAPTOP ENTA, DAN BERGEGAS KE MASJID - SOLAT JUMAAT. ^____^


SAMBUNG NANTI-NANTI LAH PULAK BER-ONLINE, YA? ^^<


DENGAR KHATIB BERKHUTBAH, JANGAN DENGAR KAWAN BERKHUTBAH PASAL BOLA SEPAK. ^___^











p/s: Sebenarnya tak perlu pengkhususan Surah dan hari.
Baca tiap-tiap hari atau baca pada hari selain hari Jumaat pun boleh. ^_____^






~ SOLLU A'ALA MUHAMMAD ~

Tuesday, March 13, 2012

. . . Maka S.E.N.Y.U.M.L.A.H . . .







Assalamualaikum wbt. . . :)
* Olo tomey-tomey *
Ya, comel kan kartun tu senyum . . .
Lagi comel kalau manusia yang sebenar senyum . . .

Fenomena dunia :::

Dapat hadiah . . . Baru senyum . . .
Dapat skor straight A's . . . Baru senyum lebar . . .
Dapat . . . Senyum . . . 
Dapat . . . Senyum . . . 

Arghhhh . . . 
Yang pasti, kita kalau dapat apa yang kita nak/impikan/sukaaa . . . 
Memang comellah kita masa tu . . .
Kan? :)

Tapi . . .
Kalau . . . 

Kena marah . . . 
Gagal dalam peperiksaan . . .

Pendek kata, apabila kita mendapat musibah . . .
:(
Nah ! 
Muka kita pasti macam tu kan?
Kan?
Huhu . . .
* Langsung tak comel dah *

Lagi menambah ketidakcomelan kita, bila . . .
:( + cry = :'-(
Huk . . . Huk . . . Huk . . .





Rasulullah pernah bersabda ::: 

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – HR Muslim. 


Nah !
Lihatlah betapa besarnya nilai senyuman yang dilontarkan . . .
Senyuman bisa memaniskan wajah kita . . .
Bisa juga menceriakan si penerima senyuman . . .
Lazimnya, kalau kita senyum pada orang, orang itu akan membalas senyumannya pada kita . . .
Maknanya di sini, kita tak boleh lokek dengan senyuman kerana senyum juga merupakan sebahagian daripada sedekah . . .

Namun . . .
Berpada-padalah dalam memberi senyuman . . .
*Terutama kepada ajnabi . . .*

Kerana :::

Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Kita, bila dah suka, bukan setakat senyum yang terukir di bibir . . .
Tapi sekali dengan suara . . .

Sis . . .
Bro . . .
Itu namanya ketawa !
Ketawa berdekah-dekah ! =.='

Sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda :::

“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.  
So, JOM kita ubah. . . .
Control  kegembiraan kita . . .
Jangan lagi ketawa berdekah-dekah . . .
Sebab macam dalam hadith kedua :::

". . . banyak tertawa itu mematikan hati."


Jadi, walau apapun keadaan kita. . . .
JOM ukirkan senyuman . . .
Senyum itu penawar bagi segala penyakit, insyaAllah. :)





Sollu A'ala MUHAMMAD ^^v






SUMBER HADITH ::: 

Read more: 

Monday, March 12, 2012

JOM doa !

Assalamualaikum wbt. :)
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, ana dapat post banyak juga terutamanya dalam bulan ni. :)
Terima kasih Allah . . .

Hari ini, ana nak kongsi doa-doa bagi seorang pelajar khususnya. :)
Lazimnya, dalam kehidupan semua pelajar (tak kira sama ada dari SK/SMK/SMKA/SMA) akan membaca doa permulaan pembelajaran dan seusai belajar.
Pengalaman ana di ketiga-tiga sekolah (SMK,SMA,SMKA) doanya lebih kurang saja.

Yang lainnya waktu zaman sekolah rendah. :)


Nah . . . :::




Then, bila jejak ke Sekolah Menengah,
setiap kali permulaan kelas, mesti baca doa :::




Ahhaaa. . . .!

Apa kata kalau kita ubah sikit doa kita.
Asyik doa tu saja.
Kita boleh tambahkan doa kita, right? :)

p/s: Tak salah kalau kita hanya baca doa penerang hati saja








:::: TERJEMAHAN ::::
 "Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkan dadaku dan permudahkan urusanku. Ya Allah, keluarkanlah kami daripada kegelapan ragu-ragu dan muliakan kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau memberi cahaya kepada matahari dan bulan, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurniaan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih, daripada kalangan orang yang mengasihi."




Kan best maksudnya tu, kan. . . ^^v

Dan seusai kita sudah habis menimba ilmu,
kita amalkan baca :::


:::: TERJEMAHAN ::::

" Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


(Al-Asr : 1-3)




Ok? :)
Good luck for all the candidates of  :::
UPSR, PMR, SPM and . . .and . . . and . . . STPM 2012 !!! :)


Aja-aja fighting ! ! !






SOLLU A'ALA MUHAMMAD :)








Sunday, March 11, 2012

SANAH HELWAH







Assalamualaikum wbt.

Wahai cik kura-kura dalam perahu,
Sudah tua, buat-buat tak tahu . :P

19 tahun yang lalu, pada tarikh yang sama(11Mac1993), ibuku Puan Halimah Haji Mohd, barangkali pada waktu ini sedang berada di ruang kecemasan. Akhirnya, lahirlah seorang bayi perempuan, puteri bongsu hasil perkongsian hidupnya dengan Encik Shamri Abdul Rahman. 

Seorang puteri yang comel, chubby yang dihadiahkan oleh Allah S.W.T. kepada ibuku yang bertarung nyawa di ruang kecemasan, akhirnya selamat dilahirkan walaupun terpaksa melalui kaedah caesarean 19 tahun. Apabila mengenang kembali parut luka di perut si ibu yang masih berbekas sehingga saat ini, insyaALLAH moga-moga si puteri mampu menjadi pelaburan yang baik untuk ibu dan ayahnya di akhirat kelak. Amin.

Alhamdulillah sang puteri masih berjaya menghayati dan menikmati 2 nikmat yang terbesar kurniaan Ilahi-

nikmat Iman san Islam.

Ketika usia meniti alam remaja yang penuh mencabar ini, moga Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan terkuat dirimu, wahai puteri kesayangan ayahanda dan bonda. :)

Seorang puteri kepada ibu dan ayah, adinda kepada seorang kakak,itulah adindaku - Syazwani Shamri.

Doaku kepada dirimu berjaya dalam hidupmu di dunia dan akhirat. :)

Mohon terus tsabat dan istiqamah dengan usaha murnimu.

Terus melangkah dengan penuh yakin !

Semoga berjaya dalam peperiksaan dunia yang bakal mendatang, dan ujian untuk akhirat yang tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan. :)

Mohon doa untuk adik bongsu saya yang sorang ni . . .
The only adik I have in my real life.

********************************************

Ni la yang paling emo . . .
Yang paling lama merajuknya . . .
Ni jugalah yang paling kuat marah . . .
Tapi yang ni jugalah yang paling banyak beralah dengan kakaknya . . .
Yang paling suka tunggu kakaknya balik sebab tunggu hadiah.(APAKAH?) :P

Siapapun dia, beribu kali pun kami bergaduh, sampai boxing, karate, segala teknik dah belajar secara tak diduga . . . 
Tapi, ini sorang ajelah adik saya sampai bila-bila . . .

Bak kata orang, air dicincang tidak akan putus . . .
Nak bergaduh ,nak berperang lama mana sangat pun . . .
Sebab secara fitrahnya, pasti ada sayang antara kami . . .
Kita sayang each other kan? Hihi . . .

Orang cakap kami macam serupa, tapi tak sama kot . . .
Sebab muka kami,ORANG CAKAP, macam sama . . .

Dari aspek belajar, kami seringkali dibanding-bandingkan . . .
Minat kami tak serupa . . .
Kakak minat sains, adik minatnya agama . . .
Kakak minat pink, adik minat biru . . .

Arggghhhhh . . .
Senang cerita, kami memang tak samalah ! :)

Tapi . . .

Dari aspek ilmu agama dan kesungguhannya untuk berubah, mantopnya dia dalam mendalami Bahasa Arab, FUUUUUHHHH . . .
Itu saya kagum . . .
Tabik spring dan bagi salam hormat . . .

Tak salah kalau kita jadikan adik kita sebagai ikon muslimah kita kan? :P

Harap-harap si adik ada juga dapat belajar sedikit sebanyak daripada kakaknya ini walaupun tak adalah apa-apa sangat . . . :)

Bagi Cik Wani yang sedang membaca, ini bukan untuk up-kan kamu . . .
Ini sekadar doa dan pengharapan seorang kakak . . .
Bukan untuk membangga-banggakan . . .
Okay? :)

p/s: Hadiah dan ucapan yang lagi personal, TUNGGGUUUUUU !!!



Friday, March 9, 2012

MATI~


Assalamualaikum wbt..
Nah! Kali ni , ana nak sentuh pula yang berkaitan dengan gambar kartun di atas ni. :)


Sekaya dan semewah mana pun kita,
Kain kafan putih yang membaluti tubuh kita. 
Secantik dan setampan mana pun rupa paras kita,
Tak akan di nilai oleh Allah S.W.T.. 
Semegah mana pun kediaman kita,
Akhirnya ke kuburan juga tempat kita. 
Seramai mana pun pengikut dan teman kita,
Akhirnya bersendirian jua menghadap Ilahi. 


p/s: Kalau enta/enti dalam keadaan yang senang atau boleh dikatakan seorang yang berada, maka ini boleh dijadikan nasihat dan peringatan. :)


Sekian, kali ini entri yang amat pendek. ^^v
Tak nak meleret, kalau meleret-leret sangat, boring pula si pembaca kan? ^^


Salam,


SOLLU A'ALA MUHAMMAD

Tuesday, March 6, 2012

. . . Jagalah Ikhtilatmu . . .





* Assalamualaikum wbt *


Wahai Muslimah . . . 

. . . Jagalah Ikhtilatmu . .  .

Agar terhindari dari segala macam masalah yang bakal timbul . . . 


. . . Jagalah Ikhtilatmu . . .

Agar dirimu sentiasa di pandang mulia di mana-mana tanpa sedikit calar sedikit pun . .  .

. . . Jagalah Ikhtilatmu . . . 

Agar dirimu bersih dari semacam bentuk zina .  . .

. . . Jagalah Ikhtilatmu . . .

Agar dirimu tersimpan rapi untuk si dia yang benar-benar layak memegang cintamu . . .

Yang mampun membimbingmu bersama-sama ke jalan keredhaan Allah S.W.T. . . . 




. . . Jagalah Ikhtilatmu . . .




~ HERE SOME C&P FROM ILUVISLAM~ :)



You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, buta you are like those lollipops that are nicely wrapped. 

People wanted to have lollipops  and they surely not gonna buy those unwrapped ones.

They surely wanted to have "wrapped" ones.

Its just that they really have to put on some efforts to have the "wrapped" lollipops becausa they are more "expensive" than those "unwrapped" lollipops.


YOU ARE NOT GONNA BUY THE UNWRAPPED ONE, ARE YOU , , , ? :)


[ ILUVISLAM]











SOLLU A'ALA MUHAMMAD ^^v

Monday, March 5, 2012

Islam A.S.I.N.G.?






JOM SELAMI MAKSUDNYA :

Islam pada awalnya, asing.


Dan sekarang, masih asing.


Sebagaimana awal, permulaannya.


Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu.

HR. MUSLIM



*********************************************************


Assalamualaikum wbt. :)
Keif haluka/i alyaum?
Moga kita semua dalam keadaan sihat-sihat dan ceria-ceria sokmo di bawah PerlindunganNya, Aminn :)
Kalau ada antara sahabat-sahabat ana ni akhi wa ukhty yang tengah didatangi Incik Selsema, Puan Batuk, dan keluarga . . . .FASSBIRU! ( Maka Bersabarlah!)

Sesungguhnya, beruntunglah dan bertuahlah antum yang tengah-sedang-sudah-akan diziarahi family Incik Selsema . . .

Hal ini membuktikan bahawa ALLAH sayang akan antum!
Sungguh!!
ALLAH nak hapuskan dosa-dosa lampau kita dengan mendatangkan kesusahan...
Nak tengok, apakah hambaNya akan bersabar menempuh segala cubaan ini.. . . :)
Uihhh.... untunglah orang-orang yang saabar...kan? :)

p/s: ana baru je lepas sembuh dari macam-macam penyakit.. ;) Incik Selsema bawak habis sedara mara beliau ziarah ana.. . .  . :) Takpe laa...kan~


~ Datangnya kesenangan setelah berlalunya kesusahan ~ SS a.k.a TA



**********************************************************


Sebelum tu...
Ana nak bagitau la juga ana dapat dari mana hadith ini...
Ana peroleh hadith ni dari sahabat AINUMADIA BT HARON masa dalam usrah kecil-kecilan aritu.. :)
JAZAKILLAH YA UKHTI :)




OKEH. .  . OKEH. .  . . :)
Back to our major topic.... :)


Islam pada awalnya, asing.


Islam asing?
YA!!
Sememangnya, Islam itu asing...
Menuntut penganutNya supaya beribadat... menyembah...meyakinkan akan keEsaanNya-ALLAH S.W.T..


**********************************************************




Dan sekarang, masih asing.


Sebagaimana awal, permulaannya.

Kalau dahulunya asing...
Maknanya, sekarang pun, ia (Islam) masih lagi asing...
Buktinya...
Kita tak pernah melihat dengan pancaindera kita bagaimana ALLAH yang kita duk siang malam menyembahNYA... memohon pertolongan dan perlindungan kan...? :)



*******************************************************



Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu.

SUBHANALLAH!! :)

Siapa orang-orang yang asing itu ?

Mereka adalah orang yang menTAUHIDkan ALLAH.. . .
Mereka adalah orang yang memPERJUANGkan tali(agama) ALLAH . .  .
Mereka adalah orang yang mengESAkan ALLAH . . .
Mereka adalah orang yang menjalani kehidupan mereka dengan kehidupan Islami.. . .


PERSOALANNYA ::::


APAKAH KITA INI JUGA TERMASUK ORANG-ORANG YANG ASING DI AKHIR ZAMAN INI??

Semoga kita salah seorang yang termasuk dalam kalangan orang yang asing... Allahumma Amiiiiiiin :)





***************************************************



RENUNGAN BERSAMA SAUDARA SEAGAMA :)




SOLLU A'ALA MUHAMMAD! ^^v

Saturday, March 3, 2012

ALHAMDULILLAH



:) Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, dalam kesibukan menaip kertas kerja dan pamplet, sempat lagi ana meng-update blog ni. :) Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. ^^

Nah! Kali ni, ana nak sentuh a very nice Arabic word- ALHAMDULILLAH :)


Ayat pertama dalam surah pertama Ummu Al-Furqon berbunyi maksudnya :

"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

MasyaAllah! :D

Permulaan perbicaraan Allah adalah dengan perkataan tu.
Jadi, sejauhmanakah pentingnya perkataan "ALHAMDULILLAH" dalam kehidupan kita seharian?




SATU yang pasti ialah, apabila kita seringkali mengucap that amazing word is, timbangan kita kelak akan memberat ke arah kanan. Kanan?
Ada apa dengan kanan?
Nah! Kanan itu menunjukkan kita sering mengaut dan mengait pahala semasa hidup kita di dunia. :)


wah.. . Cuba bayangkan jika dalam sehari kita menyebutnya beberapa kali, dan tak terhitung banyaknya pahala yang kita dapat.
Hanya dengan SATU perkataan! Right?

So, kenapa kita jarang nak sebut perkataan ni?
( Yang sentiasa amal tu, THUMBS UP, IM HAPPY FOR YOU! :D )
Memang berat eyh mulut kita nak sebut AL-HAM-DU-LILLAH!

JOM TRY reramai ucap ni.
Mula-mula kekok. . .

Lama-lama , kita sendiri kagum dengan diri yang tetiba sebut Alhamdulillah automatically.
Percayalah. :)




SEBARKAN GANJARAN PAHALA!

SEMOGA MA'ARUF KITA BUAT INI, AKAN MEMBERATKAN TIMBANGAN KITA KE SEBELAH KANAN. INSYAALLAH :)




RENUNG-RENUNGKAN SAMPAI TERMENUNG~ ^^v



SOLLU A'ALA MUHAMMAD!




SS a.k.a .T.A ^^