Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi antum (yang sedang baca ni ^^, terima kasih ya) dan ana sendiri hidup di bumi Allah ini. :)
Haa...
Tengok gambar pun dah seram kan.. hiii :)
Ni nak kongsi sikit pasal orang yang meninggalkan SOLAT FARDHU.
JOM tengok apa yang akan ditanggung akibat meninggalkan solat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dosa meninggalkan SOLAT Fardhu :
¬ Solat Subuh : Satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60,000 tahun di dunia.
(sekali tinggal je ni.. kalau banyak kali? Gulpp. T__T )
¬ Solat Zohor : Satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1,000 umat Islam.
(1,000 tau. bukannya seorang... SERIBUUU... wuuuwuu X__X )
¬ Solat Asar : Satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan Ka'abah.
(wuuu.. Sanggupkah kita? -___- )
¬ Solat Maghrib : Satu kali meninggalkan dosanya sama seperti berzina dengan orang tua.
(Mashaa ALLAH!! *__* )
¬ Solat Isya' : Satu kali meninggalkan tidak akan diredhai Allah swt. tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
(Allahu Akbar! Y___Y )
---------------------------------------------------------------------
Nak cerita sikit kisah zaman kanak - kanak yang tak berapa nak matang dulu....... :)
p/s : cerita ini berlaku ketika darjah 2 kalau tak silap
MAK : Adik... Gi sembahyang cepaaattt....
ADIK : (Malasnyaaaaa.....) Kekgi laaa [ kekgi = nanti]
MAK : Cepat cepat pergi sembahyang....
ADIK : Hurrmmm..... Okehhh *_*
Selesainya ambil wudhu' ..............................................................
Cepat-cepat masuk bilik, tutupp pintu rapat-rapat....
Dannnn kunci!
Yeahhh!!! Berjaya!!!!
ok. Berlakulah lakonan yang rasanya macam sangat memalukan nak kongsikan..... (Kena kongsi jugakkk... Untuk pengajaran semua)
Bangun .... Duduuukk... Bangguunn.... Duduukkk.... Hantuk kepala kuat kuat... Hantuk kepala lutut kuat-kuat (Biar semua orang taahuuu yang 'adik' tengahh solaattt...) *Huuh.. Ada ka patut... Ishhh ishhhh ishhhhh..
----------------------------------------------------------------------
ok. Tamat cerita pendek yang di dailog kan *ayat ni ada ingat-ingat lupa tapi... perbuatan tu akanku ingat sampai bila-bila*
p/s : Adik adik/ sahabat sahabat yang ada adik tu lebih baik perhatikan betul-betul adik adik antum sembahyang..Heee takut ada jugak style macam ni pada budak-budak zaman sekarang.. :D
----------------------------------------------------------------------
Jom tengok pula hadith berkaitan meninggalkan solat.
1) Rasulullah s.aw bersabda :
" Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafiq ialah solat Isya' dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak. " - HR. Bukhari dan Muslim
2) Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuhn maka baginda s.a.w. bersabda :
" Lelaki tersebut telah di kencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. "
- HR. Imam Al-Bukhari
3) Nabi s.a.w. bersabda :
" Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk dalam kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Ta'ala, maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwhuduk, terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat, maka terungkailah semua ikatan. Maka, pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas." - HR. Al-Bukhari
4) Rasulullah s.a.w pernah mendoakan umatnya :
" Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bengun Subuh (iaitu mengerjakannya)."
- HR. Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah.
Wallahu 'alam ^____^
# Semoga semua mendapat manfaat daripada entri ini. Allahumma Aamiin.
Sumber :
http://myibrah.com/azab-allah-kepada-yang-meninggalkan-solat
http://madahalinsani.blogspot.com/p/hadith-berkaitan-solat.html