Thursday, May 31, 2012

Pada Suatu Hari

Assalamualaikum wbt.. ;)

Hai, dah lama jari jemariku tak menekan keyboard ni... ;)

Bulan April merupakan bulan yang amat sibuk buat masa ini..

Kali ini, ana nak penuhkan entri ini dengan satu sketsa di dalam bas awam. :)

Yang berlaku pada diri ana sendiri....


** Jeng . . . Jeng . . . Jeng . . . **

Hehehe... Suspen tak ? ;)

Begini ceritanya ;)





****************************************************



Pada hari Ahad bersamaan 27 Mei 2012, lebih kurang pukul 4 petang... ....


Lokasi : Station bas ( Dalam bas )




Mataku melilau- lilau* ( boleh guna ka dalam BM? ) mencari ruangan kosong untukku dan ibu saudaraku.

Sedang mataku sibuk mencari...

Haaah !!

Dah jumpa tempat kosong, alhamdulillah..

Satu tempat.
Ibu saudaraku menyuruhku duduk di situ manakala beliau ambil tempat di bahagian tengah perut bas.

Jadi... Apa lagi... Duduklah aku di situ kerana kepenatan berjalan-jalan di bandar walaupun, terlihat aku di hadapanku terdapat sepasang kekasih sedang asyik bergurau senda.

" APA? TAK MALUKAH MEREKA BERBUAT DEMIKIAN DI TEMPAT AWAM??? TAMBAHAN PULA, KERUSI DI SEBELAH , BEBERAPA WARGA TUA SEDANG MEMERHATI GERAK GERI MEREKA... "

Aku lihat ke arah mak cik mak cik di sebelah kiriku...
Tampak sekali wajah ketidakpuas hati dan meluat melihat kemesraan yang tak sepatutnya.

TAPI, tiada apa-apa tindakan?

Mengapa?


Diriku membuak-buak untuk menegur mereka yang sedang asyik bermanja-manjaan.

Mereka, sang lelaki dan perempuan duduk amat rapat!!
Rasanya...

Muat lagi sorang duduk di sebelah mereka.

MASYA-ALLAH!

Sedang aku menanti bas untuk memulakan perjalanan, otakku ligat berfikir bagaimana cara untuk menegur mereka. Paling tak, jangan buat macam tu kalau ada orang tua dan budak-budak sekolah rendah.


Bas bergerak....

Aku masih lagi memerah otak dan mengawal perasaan berdebarku untuk menegur mereka.

* Beginilah aku... Akan sentiasa dan cepat berdebar apabila ingin bertanya dan menegur seseorang even dah kenal orang itu. *



Lagi beberapa minit aku akan sampai ke rumah...

Drama masih hangat di tayangkan di hadapan khalayak ramai dan AKU !!!


" Ahhhhh......... TIDAKKKKK!! Aku kena lakukan sesuatu biar dia terasa dengan tindakan mereka itu adalah SALAH.. " Getus hatiku...


" Errrr..... Baru kahwin ke?? " Permulaan soalanku kepada sang perempuan yang sungguh ayu bertudung.

" Ha?? TAK lah! " Balas perempuan itu.

" Oh. Ingatkan dah kahwin. Sebab tengok gaya macam . . .. (Sambil berkata demikian, aku memandang ke arah kaki mereka yang bersentuhan itu.)

" Dah tu, awak umur berapa? "

" 15 tahun. "

" Errr.... 15 tahun? Semua 15 tahun? "

" Ya. "

Perempuan itu agak tersentap dan memberitahu kepada sang lelaki dan kawannya yang duduk bersebelahan denganku.

" HUUH !! PEDULI APA AKU??? BLA... BLA...BLA...." Marah si lelaki.

Aku pulak, apa lagi....

SENYUM aje lah...

Nak hilangkan debaran di dada..

Menggunakan senyuman yang amat sinis ! ;P

Apabila aku menekan loceng dan berdiri menunggu bas betul-betul berhenti, aku di panggil sang lelaki itu...


" Adik!! Ni hal saya! Saya buat , saya tanggung la dosa tu. Tak payah lah susah-susah! "


Sambil tersenum sinis. " Yelah... Memang tanggung sendiri... Tapi, saya kena tegur jugak kan.? "


Dan, aku terus pergi ;)





p/s: Harap mereka insaf dan ada kesedaran bahawa mereka perlu menjaga batas ;)

Kalau rasa susah, masuk aje meminang.
Itu adalah jalan yang teeeerrrrbaeeeeeeeeeeeekkkk !! :D


TAK NAK cakap dan komen lebih-lebih.

Buatlah penilaian sendiri.

Yang penting, kena berani tegur.



WALLAHU A'ALAM

SOLLU A'ALA MUHAMMAD