Friday, July 27, 2012

S.A.L.A.M. R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum wbt... :)

Allahumma ballighna Ramadhan..

Alhamdulillah...

Akhirnya, kita diberi ruang dan peluang lagi untuk bersemuka dengan bulan yang penuh barakah ini...

Bulan yang dapat kita sama-sama manfaatkannya untuk meraih seberapa banyak pahala yang mungkin:)

Insya Allah :)

Orang cakap.....

"Kalau nak tau perangai kita yang sebenar, nilailah pada bulan Ramadhan..... 
Sebab bulan ni lah yang kita buat apa pun jua atas dasar perasaan sendiri...
Tanpa dorongan syaitan.... "



JOM kita baca terjemahan mengenai Syaitan ni dalam beberapa potongan ayat dalam AlQuran :::
 "Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"

Surah Al-Hijr :39




" Sesungguhnya pemboros itu adalah sadara Syaitan,, dan Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Ram ( Tuhannya) "

Surah Al-Isra' : 27


" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKU( Allah), bahawa hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik,(perkataan yang tepat dan benar), kerana sesungguhnya Syaitan itu akan selalu menimbulkan perselisihan antara mereka. Sungguh, Syaitan adalah MUSUH yang nyata bagi manusia. "

Surah Al-Isra' : 53


Dalam hadith pula :


Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : 
" Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana Syaitan akan menjadi ketiganya." 

HR. AHMAD ALTIRMIDZI [ sanad yang sahih]



Hm....

Sangat dan amat bahaya sekali apabila diri terhasut dengan godaan Syaitan ...

Mohon supaya sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.. 

Ya ? :)


Puasa itu menambah pahala dan keimanan kita serta kepatuhan kita kepada Sang Pencipta ~




ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD








p/s: Maaf andai ada terkasar bahasa selama berblogging ni:)
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA SEBAGAI HAMBANYA :)


ALLAHUMMA AMINN :)






SURAH NI BOLEH MENGHIDARI KITA DARI SYAITAN , INSYAALLAH..
YAKIN :)