Tuesday, December 11, 2012

SOLAT DAN KEISTIMEWAANNYA

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana dapat juga ana meng-update blog.

Kali ini, insyaALLAH, ana nak kongsi apa yang ana telah baca dalam buku berjudul :
" SOLAT DAN KEAJAIBANNYA - 
DATO' HAJI ISHAK BAHAROM(Allahyarham) AZRUL HAKIM SURADI "


Apa keistimewaannya solat dalam Islam??

Mari kita lihat..

Ana dah ringkaskan sedikit dan menaip apa yang ana faham.

" Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan, " Aku bertanya kepada Rasulullah, amalan apakah yang paling utama. Baginda menjawab, ' Solat yang didirikan tepat pada waktunya.' Aku bertanya lagi, 'Lagi... amalan apa?' Baginda menjawab, ' Berbakti kepada kedua ibu bapa.' Aku bertanya lagi, 'Lagi, amalan apa?' Baginda menjawab lagi, 'Berjihad di jalan Allah.' "

HR. BUKHARI DAN MUSLIM

1 - SOLAT ADALAH TIANG AGAMA

 Agama tidak akan berdiri dengan sempurna tanpa ibadat solat.
Ia boleh diumpamakan dengan rumah.
Hidup tanpa solat ibarat rumah tanpa tiang.
Mana mungkin rumah dibina tanpa tiang.
Dan mana mungkin atap boleh didirikan tanpa sokongan tiang.

Jadi, dengan bersolat, kita akan dipandang sebagai umat yang baik dan taat kepada perintah Allah.

Rasulullah bersabda:
"Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia mendirikan agamanya. Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya."

2- SOLAT ADALAH KUNCI PINTU SYURGA

Setiap pintu memerlukan kunci untuk membukanya.
Begitu juga dengan pintu syurga.
Mana kuncinya?
Kuncinya adalah ibadat solat kita.
Dengan bersolat, kita dahpun memegang kunci pintu syurga, insyaALLAH


Rasulullah bersabda:

Jabir Ibn Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. " Kunci Syurga adalah Solat dan kunci Solat adalah wudhuk."
HR. TIRMIDZI

 3- SOLAT PENGHUBUNG ANTARA HAMBA DENGAN TUHANNYA

Sabda Rasulullah :

Diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik r.a bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu mendirikan solat, bererti dia sedang berkomunikasi dengan ALLAH S.W.T."
HR BUKHARI

Oleh itu, kalau ada sebarang masalah, sila lah mengadu pada NYA, insyaALLAH Allah memakbulkan doa kita dan amalan sunat yang kita lakukan semata-mata untuk meraih keredhaanNYA.


------------------------------------------------------------

Baiklah, ana rasa setakat ini sahajalah apa yang dapat ana kongsikan disebabkan kekangan waktu pada saat ini.. :)

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA, INSYA-ALLAH

ALLAHUMMA SOLLI A'ALAA MUHAMMAD




Tuesday, October 9, 2012

PERKONGSIAN ILMU STPM

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah, kali ini tergerak tangan untuk berkongsi ilmu STPM :)


BM

Kata Hubung Keterangan
 
- Masih (MUSABAB)
 
- Aku (AKIBAT)
 
- Sayang (SYARAT)
 
- Walau (WAKTU)
 
- Telah (TUJUAN)
 
- Hancur (HARAPAN)
 
- Cintaku (CARA)
 
- Terhadap ( TENTANGAN)
 
- Beliau ( BANDINGAN)
 
* CARI SETIAP SATU CONTOHNYA
 

Kalau karangan berkenaaan FAKTOR :

>>>>> InTeKaMaNe <<<<<

* In - Individu

* Te - Teknologi

* Ka - Kawan

* Ma - Masyarakat

* Ne - Negara

Masukkan FAKTA dalam karangan (Pendahuluan)

- Menurut Kementerian Sains dan Teknologi, ......
 
 
ialah + KN
 
adalah + KADJ/ KSN
 
bukan + FN/FSN
 
tidak + FADJ/FK
 
Imbuhan awalan MeN... (kata pinjaman) - KEKALKAN
Contoh : Tafsir - MenTafsir
 
Imbuhan awalan pada kata asli BM - UBAH
Contoh : Sasar - MenYasarkan (S-Y)
* p- m
* t-n
* k - ng
* s - ny
 
KONSONAN TIDAK BERSUARA (TB) :
 
CHoPSTiK
-C H P S T K
 
KONSONAN PINJAMAN TB :
 
KoS FoTo
- K S F T
 
LETUPAN :
 
Udara dilepaskan secara serta merta :
 
- P B
 
LETUSAN :
 
Udara dilepaskan secara perlahan :
 
- C J
 
::: MUET (SPEAKING) :::
 
TO GREAT - Good Morning, everybody !
 
TO INTRODUCE - I'm Candidate A/B/C/D
 
TO WELCOME - It's a great pleasure to see all of you here today !
 
TO WISH - I hope everyone will play our part to...
 
TO INTRODUCE THE TOPIC - Today, I am going to talk on....
 
TO ASK THE Q - In your opinion, what are the other ....
 
TO CONCLUDE - With this saying, I would like to conclude my speech that ....
- Based on our discussion, I think we can conclude that ...
 
TO THANK - Finally, I would like to take this oppurtunity to thank everyone for your participant and full co-operation. TQ
 
::: SYARIAH :::
 
Syarikat - Menetapkan hak pada sesuatu untuk 2orang/lebih dengan cara berkongsi
 
Takaful - Akad perjanjian jaminan antara 2 pihak terhadap diri mengikut syarat tertentu
 
Khiyar - Hak memilih/menawar dalam j/beli
 
Jual Salam (Tempahan) - Jual beli yang dilakukan terhadap barangan yang belum wujud semasa akad tetapi ditentukan jenis harga, sifat
 
Jual Beli Istisna' - Jual beli yang dipersetujui antara pembuat barangan yang ditempah dengan pembeli barang tempahan itu disebut kadar + jenis + bahan yang hendak diguna ialah bahan yang ada pada pembuat
 
Gadaian (AlRahnu ) - Menjadikan sesuatu sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya untuk membayar.
 
 
THE END :)
 
Setakat ini sahaja apa yang dapat ana kongsikan buat masa dan saat ini..
Panjang umur, ana kongsi lagi.
 
DO OUR BEST IN STPM :)
 
ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD