Thursday, July 21, 2011

Bertaubat Mempermainkan Allah ?






"Assalamualaikum.. Maaf, saya ingin bertanya tentang dosa ber'couple' pada anta. Kawan baik saya kini berada di alam percintaan. Dia selalu melakukan perbuatan yang tidak elok dengan kekasihnya contohnya berpeluk dan banyaklah lagi perbuatan-perbuatan lain yang boleh dikategorikan sebagai maksiat.


Walaubagaimanapun, dia memberitahu saya bahawa dia tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa bertaubat kerana dia sedar akan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya. Saya keliru, adakah taubatnya tetap diterima Allah kerana sejurus selepas dia bertaubat dia akan melakukan maksiat semula, kemudian dia bertaubat lagi dan berterusan melakukan dosa yang sama?"


Saya diajukan soalan tersebut oleh seorang sahabat yang benar-benar mengambil berat kepada rakannya. Alhamdulillah, sahabat saya ini inginkan kepastian kerana dia sayang akan rakan karibnya. Sudah pasti dia tidak mahu rakan karibnya terus bergelumang dengan dosa.


Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan ini. Berhenti daripada perbuatan dosa bukan semudah mencuci debu di jendela. Lebih-lebih lagi dosa yang sudah sebati dalam kehidupan kita. Dosa yang apabila dibuat, langsung tidak rasa gentar kepada Allah. Dosa yang direlakan atas bisikan syaitan yang mengatakan tidak mengapa, Allah Maha Pengampun.


Itulah dosa yang telah sebati dengan kehidupan. Belum lagi dosa-dosa lain yang kita lakukan tanpa sedar, dan dosa-dosa yang tidak ternampak dari pandangan mata kita Alangkah banyaknya dosa kita pada Allah. Iblis yang baru sekali ingkar kepada Allah pun telah Allah campakkan ke bumi dan telah Allah janjikan Api neraka untuknya selamanya. Apatah lagi kita manusia yang berkali-kali mengulangi dosa. Astaghfirullahalazim..


Setujukah kalian sekiranya saya ibaratkan hidup ini sebagai sebuah gelas kosong? Gelas yang lutsinar, kosong tidak berisi dan setiap pandangan manusia bisa tembus melalui kaca gelas tersebut. Itulah kita ketika dilahirkan. Suci daripada segala kotoran dan kejahatan. Matlamat kita jelas untuk menjadi hamba kepada Allah yang esa. Kita tidak dicemari titis-titis hitam kehidupan. Maka kita lahir dalam keadaan yang sangat mulia disisi Allah.


Berbalik pada realiti, cuba anda perhatikan gelas yang kosong itu. Dan bayangkan itu waktu kehidupan seharian kita. Kita mempunyai 24 jam sehari bukan? Dan dalam 24 jam inilah, kebaikan dan keburukan akan berlumba-lumba untuk mengisi ruang gelas yang kosong tadi. Bermula dengan kebaikan yang dikurniakan dalam diri, menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan samada gelas itu akan terus suci atau dicemari.


Sekarang cuba pula anda tuangkan air kosong atau air zamzam atau air mineral kedalam gelas tersebut? Warnanya masih lagi jernih! Suci dan masih lagi dapat ditembusi oleh pandangan mata. Inilah yang diibaratkan sebagai jiwa dan kehidupan yang dipenuhi amal kebaikan. Insya-Allah hati kita masih lagi jernih dengan iman tetapi tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan selain Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang, cuba anda tenung air tersebut dengan lebih dekat lagi. Anda akan terlihat debu-debu halus berenang di dalam air yang suci itu. Itulah dosa orang yang beriman. Halus, sangat sedikit sehigga dilihat dengan dekat pun belum tentu akan terperasan akan kehadirannya. Dari pandangan mata kasar, dia tetap suci dan jernih..penuh dengan kebaikan yang dilakukan.


Cuba ambil sebuah gelas kosong lagi. Asalnya dia juga sama, suci, lutsinar pada pandangan mata. Tuangkan air kopi atau coke didalamnya perlahan-lahan. Sedikit sebanyak kesucian tadi hilang bukan? Anda akan dapat melihat sebuah gelas yang dipenuhi titis-titis hitam pekat yang menghalang pandangan mata anda untuk menembusi gelas tersebut. Inilah, yang diibaratkan sebagai kehidupan dan hati yang kotor. Hati yang penuh likat dengan dosa. Daripada keadaan suci bersih, kehidupan itu menjadi sedikit gelap dan kemudian lebih gelap dan berterusan gelap selamanya. Jika dicuci dengan air dan sabun barulah cawan itu akan kembali suci. Air dan sabun itulah yang diibaratkan sebagai taubat.


Justeru, kita wajiblah memenuhkan ruang kehidupan kita dengan amal kebaikan. Bukan bertaubat berkali-kali dan kemudian melakukan kembali dosa tersebut. Perbuatan itu umpama mempermainkan Allah S.W.T. Mempermainkan sifat Allah yang Maha Pengampun. Akhirnya, bukan sahaja dosa melakukan maksiat tetapi dosa mempermainkan Allah juga kita perolehi. Bayangkan kemungkaran Allah S.W.T terhadap hamba-Nya yang tidak langsung takut dan cinta pada-Nya? .


Bertaubat dan berdoa sebenarnya hanya merupakan salah satu cabang usaha.


Ada orang menyangka, untuk berhenti daripada melakukan dosa, dia hanya perlu sekadar berdoa dan melaksanakan solat taubat. Sesungguhnya dia silap!. Usah menoktahkan usaha hanya sekadar berdoa dan solat taubat. Anda perlu melakukan lebih daripada itu.


Kerana apa? Kerana syaitan tidak pernah sesaat pun berhenti daripada menyesatkan manusia. Dan ketahuilah, syaitan itu musuh kamu yang nyata!


Meskipun syaitan mengalir dalam pembuluh darah manusia, ingatlah, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia ada untuk melindungi hamba-hamba-Nya daripada godaan syaitan. Dan jika kena pada cara kita, Insya-Allah kita berjaya menangkis godaan-godaan syaitan tersebut.


Hamba Allah yang manakah yang akan bebas daripada godaan syaitan? Hanya hamba-hamba Allah yang ikhlas sahaja yang akan dilindungi daripada godaan syaitan. Maka, sama-samalah latih diri untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara yang baik. Semua perkara yang kita lakukan harus bermatlamatkan Allah. Demi mencapai Redha-Nya dan rahmat-Nya.


Akhirnya, selain doa dan solat taubat, isilah dan sibukkanlah kehidupan anda dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan. Jauhkan diri anda daripada pintu-pintu dan amalan-amalan kejahatan yang berpotensi untuk membawa anda ke arah kejahatan yang lebih dahsyat.


Wallahu a'lam.






- Artikel iluvislam.com

Surat Cinta Untuk Future Husband -




Assalamualaikum

Kehadapan my future husband,

So, wahai my future husband,
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang handsome. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan kadang2 comel.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang pakai seluar pendek nampak kepala lutut dan tubuh you yang tegap tu kat facebook. Sebab, setahu I, kalau lelaki yang handsome, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang handsome. Malu lah I. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

I berharap you tidak akan merokok. Walaupun untuk melepaskan 'tension' you yang berlonggok-longgok dalam kotak fikiran you tu. Ingat tau, jangan sesekali pun you sentuh rokok apatah lagi menghisap rokok. Tak kira jenama apa pun.

Lagi pun, you tahu, tak ada perempuan di dunia ni yang nak kahwin dengan lelaki yang merokok dan hanya menghitung hari dan waktu sahaja untuk menemui ajal sebab bahana merokok tu. Ingat tau. Sebab nanti tak pasal-pasal ada status 'J' muda kan. Huhu.

My future husband,
I tau yang you tak tahu pasal masa depan you. You tak tahu berapa banyak duit yang you akan ada. So, dengan kata lain, you mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat I. You juga mungkin tak mampu kasi I 10 emas intan berlian. I nak you tau yang I tak kisah dengan diri you yang tak beharta . I tak pandang harta you pun. :)

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak kasi atau tak I bekerja. Tapi mesti lagi bagus kalau I duduk je rumah jaga you kan. Tanpa you pinta, I akan layan you bagai raja. I akan tanggalkan stokin you, urut bahu you, sediakan minum-minum you.

My future husband,
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan girlfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Girlfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah pisau cukur. Sebab kalau dah perempuan, mesti bermulut manis. Dan lelaki pasti akan cair dengan kata-kata tu. I harap you tak macam tu.. So, don't trust them.

I harap , you akan pandai-pandai cari I kat mana-mana pun, jangan cari I kat kelab malam sudah. :)
Wassalam, ^^,

A - Z ?





A : Adil pada dirimu

B : Beranikan dirimu

C : Cekalkan hatimu

D : Derma selalu

E : Elakkan pertelingkahan sesama kite

F : Fikir sebelum bertindak terburu2

G : Gembira selalu

H : hormat orang tua

I : Ingat akan tuhan

J : Jangan berdusta

K : Kasih akan daku

L : Lemah lembut amalan semua

M : Makan makanan seimbang

N : Nafsu jangan dituruti

O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu

P : Pentingkan kesihatanmu,persahabatan,persaudaraan dalam apa jua perhubungan

Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu

R : Rajin berusaha

S : Solat jangan ditinggalkan

T : Tanamkan sifat bekerjasama

U : Utamakan alam sekitar

V : Variasikan pengalamanmu

W : Wajibkan amalan membaca AQ

X : X-ray diri sendiri

Y : Yakin pada diri sendiri

Z : Zalim jangan sekali



- salam terbaik ummat -


by:Musyi Syeirah* copy and paste :)*

Monday, July 11, 2011

Petanda Cinta Akan Rasullah


alt






















Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah S.A.W.


Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:


لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم
"Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain." [HR: Al-Bukhari]


Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.


Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:


1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda S.A.W.


Mencontohi, mengikuti Rasulullah S.A.W dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W adalah orang yang mengikuti Rasulullah S.A.W secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.


Orang yang mencintai Rasulullah S.A.W adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [Surah At-Taubah:24].


Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah S.A.W sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah S.W.T berfirman:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali Imran: 31]


Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda S.A.W. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.


2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.


3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah:


إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [Surah Al-Ahzaab: 56]


4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda S.A.W, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda S.A.W. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.


Ulama' menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi S.A.W ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.


Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.


Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi S.A.W sangat banyak dan sangat masyhur.


5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda S.A.W baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah S.W.T telah berfirman:


لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah S.A.W di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi S.A.W) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih. [Surah An-Nuur: 63]


Kata ulama': Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma'qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda saw sahaja.


6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah S.A.W walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.


Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:


مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ.
"Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta." [HR Muslim]


7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.


Sabda Rasulullah saw:


الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ))
"Agama itu adalah nasihat." Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya." [HR Muslim, No. 55]


Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.


8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A'isyah menyatakan:


كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
"Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran". [HR Imam Ahmad].


Ibnu Mas'ud ra berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya". [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].


9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:


a. Ahlul-baitnya (keluarga)


Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: "Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait". [lihat: Syu'abul Iman: 1/282].


Ulama' lain pula menyatakan: "Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama'ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka."


Kemudian beliau juga menyatakan: "Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai' (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah S.A.W. [lihat: Majmu' fatawa 3/407].


b. Para isteri Baginda S.A.W.


Ahlus Sunnah Wal Jama'ah menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:


يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain. [Surah Al-Ahzab: 32]


Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:


وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ
Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. [Surah Al-Ahzaab: 6]


Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi S.A.W dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.


c. Para sahabat Baginda saw.


Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi S.A.W adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29]


Firman Allah swt juga:


لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ. فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18]


Kemudian beliau ra menyatakan: "Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai." [Lihat: Syu'abul Iman: 1/287].


Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.


Rasulullah saw bersabda:


لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ
"Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya." [HR: Al-Bukhari]


9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:


لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ...
Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka... [Al-Mujaadilah: 22]


Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.


Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.


- Artikel iLuvislam.com


BIODATA IBLIS



Assalamualaikum wbt.. :) Nak kenal dengan si Iblis Sang pengacau hidup manusia? Musuh ketat manusia nih! :)
JOM kita baca :))
- BIODATA IBLIS -
Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T
Status: Fasiq kelas pertama (first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.T
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX

Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat Islam
Moto :"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji: Dosa