Assalamualaikum
Kehadapan my future husband,
So, wahai my future husband,
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang handsome. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan kadang2 comel.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang pakai seluar pendek nampak kepala lutut dan tubuh you yang tegap tu kat facebook. Sebab, setahu I, kalau lelaki yang handsome, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang handsome. Malu lah I. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
I berharap you tidak akan merokok. Walaupun untuk melepaskan 'tension' you yang berlonggok-longgok dalam kotak fikiran you tu. Ingat tau, jangan sesekali pun you sentuh rokok apatah lagi menghisap rokok. Tak kira jenama apa pun.
Lagi pun, you tahu, tak ada perempuan di dunia ni yang nak kahwin dengan lelaki yang merokok dan hanya menghitung hari dan waktu sahaja untuk menemui ajal sebab bahana merokok tu. Ingat tau. Sebab nanti tak pasal-pasal ada status 'J' muda kan. Huhu.
My future husband,
I tau yang you tak tahu pasal masa depan you. You tak tahu berapa banyak duit yang you akan ada. So, dengan kata lain, you mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat I. You juga mungkin tak mampu kasi I 10 emas intan berlian. I nak you tau yang I tak kisah dengan diri you yang tak beharta . I tak pandang harta you pun. :)
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak kasi atau tak I bekerja. Tapi mesti lagi bagus kalau I duduk je rumah jaga you kan. Tanpa you pinta, I akan layan you bagai raja. I akan tanggalkan stokin you, urut bahu you, sediakan minum-minum you.
My future husband,
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan girlfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Girlfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah pisau cukur. Sebab kalau dah perempuan, mesti bermulut manis. Dan lelaki pasti akan cair dengan kata-kata tu. I harap you tak macam tu.. So, don't trust them.
I harap , you akan pandai-pandai cari I kat mana-mana pun, jangan cari I kat kelab malam sudah. :)
Wassalam, ^^,