Sunday, November 20, 2011

.S.Y.U.K.U.R.

Assalamualaikum wbt..
Dah lama tak sentuh keyboard untuk memenuhi entri di blog ni.. :)
Alhamdulillah, hari ini dapat juga ana mencelah ruang-ruang untuk menghadap laptop pinjam ni .. ;)

Berbalik pada tajuk besar tadi, ana ada satu cerita yang mana membuatkan ana terasa amat malu. Malu pada diri , dan lebih -lebih lagi malu pada Allah, Sang Pencipta seluruh makhluk di muka Bumi ini.
Hmm.. Pasal bersyukur ni, senang untuk kita sebut namun amat sukar sekali untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-harian. Jujur, terkadang ana ada terfikir dan mempersoal itu ini , mengapa aku tak kaya , mengapa aku tak cantik..... Dan sebagainya..(Contoh)

Sedangkan sebenarnya, apa yang kita dapat, apa yang Allah anugerah pada hambaNya, pasti bersebab. Dan yang paling penting, apa yang kita miliki itu, adalah yang amat sesuai dengan kita. Cuma kita aje yang terlebih pandai nak mengatur itu ini segala macam. Kita fikir dan persoal macam tu, seolah -olah macam kita perintah Allah dan seolah-olah Allah tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Perasan tak? Ada tak fikir macam tu? ;)

Sedang ana berjalan-jalan di pusat membeli belah pada Jumaat lalu, ana terserempak dengan seorang Mak Cik yang berjalan terbongkok-bongkok. Berjalan sambil bergantung pada rak-rak makanan. Mak Cik ini sahabat Ibu Saudara ana. Ibu Saudara ana berbual dan ana melihat sekilas pandang pada Mak Cik itu. Saat ana melihatnya, ana terperasan ada satu kelainan pada diri beliau. Lazimnya, semua kaum Hawa mempunyai dua payu dara, namun malang bagi Mak Cik itu, dia hanya ada sebelah! Ya, sebelah! Baru pertama kali ana berjumpa dengan orang yang sebegitu. Sungguh menyayat hati apabila beliau berkata beliau amat sakit sekiranya tidak melakukan pembedahan membuang sebahagian aset penting bagi seorang yang bergelar W.A.N.I.T.A. Semoga dengan buangnya payu dara sebelah kiri beliau dapat hidup dengan tenang. Allahumma Amin.


********************************************************************************

Lagi satu kisah mengenai S.Y.U.K.U.R.

Kisah ini berkisar tentang seorang anak angkat jiran ana, Anas namanya.

Baru berusia lebih kurang 9 tahun, matanya sudah tak dapat berfungsi dengan baik seperti sahabat seusianya. Seawal usia itu, beliau sudah memerlukan bantuan cermin mata. Ya, cermin mata dengan power 800 pada kedua-dua belah matanya. Masya-Allah. Beliau amat bergantung harap pada cermin mata. Namun, jika sekiranya beliau memakai cermin mata, beliau tetap tak berapa jelas pandangannya. Amat kasihan. Moga Allah sentiasa melindungi Anas. Allahumma Amin.

Mengenai kisah Anas ini, ana teringat kisah ana zaman dahulu kala.

Betapa ana suka sangat melihat orang lain memakai cermin mata, ana menggunakan skarf kepala dan pakai ala-ala cermin mata. **Uisyh.. Terlampau suka melihat orang bercermin mata , beginilah jadinya. Tapi, bila masuk Tingkatan 3, ana terasa benar-benar kabur pemandangan ana. Ana cuba memberitahu pada keluarga yang ana memerlukan cermin mata, namun mereka seolah-olah fikir bahawa ana cuma ingin bermain-main. **Tu la.. Dulu, siapa suruh terlalu taksub sangat dengan cermin mata. Kan semua tak berapa percaya. ;)

Sejak ana bercermin mata pada 3hb 3 2008, ana jadi rimas. Rimas kerana perlu bergantung pada cermin mata. **Dulu, nak sangat. Huhu.. Ana ingat sewaktu perasmian pembukaan Stadium Kebanggaan Negeri Terengganu , ana lupa nak pakai cermin mata. Padahnya, ana terpaksa berkongsi cermin mata dengan kakak ana, **Nasib baik power kami lebih kurang. Tapi, maklum sahajalah, macam mana kepuasan menonton acara di sana dengan pemandangan yang kabur tambahan pula pada waktu malam. [o.o']

Stadium Kebanggaan Negeri Terengganu Suatu Ketika Dahulu


******************************************************************************

Lagi satu kisah mengenai S.Y.U.K.U.R. ;)

::: Pada suatu hari , sewaktu kami sekeluarga ketiadaan ayam untuk dijadikan lauk *(ayam kegemaran ana ;D), ana seakan-akan tidak mahu makan dan ikat perut daripada makan lauk ikan. Tetiba, Mak memanggil ana dan menyuruh ana lihat pada jiran Kemboja ana. Makan nasi berlaukkan air garam. Masya-Allah! Betapa ada orang yang lebih susah pada diri ini. Saat itu juga, timbul rasa bersyukur pada apa yang ada terhidang di dapur kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The moral of this entry is.....

Belajarlah untuk bersyukur.
Semoga menjadi ingatan untuk kita semua.

Usah memandang dan membanding-banding diri kita dengan orang yang berada di atas pada kita.
Pandang pada orang di atas pada kita akan membuatkan diri semakin merendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.
Jadi ,

Pandanglah orang yang di bawah kita supaya kita mampu melahirkan rasa syukur dalam diri. ^^


Mari kita bersama-sama bersyukur dengan apa yang kita miliki. ;)

Monday, November 7, 2011

Qurban




Assalamualaikum wbt.. Kali ini insya-Allah, ana berkesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai ibadah Qurban. Walaupun entri ini terlambat menyentuh berkaitan qurban, namun diharap mendapat manfaat dan ilmu baru sedikit sebanyak. =)


DEFINISI QURBAN :)

:::: Qurban ialah penyembelihan binatang al-an'am (الأنعام) yang dilakukan pada hari kesepuluh Zulhijjah (ذو الحجة) sehingga akhir Hari Tasyrik. Ia dilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.


HUKUM QURBAN :)

:::: Sunat Muakkad (مؤكّد) ------------> Bagi orang yang berkemampuan

:::::: Bagi Rasulullah s.a.w. ,Wajib melakukan penyembelihan binatang al-an'am (الأنعام)

p/s : Bagi sesebuah keluarga, sudah memadai jika sekiranya hanya seorang sahaja mewakili Qurban ini, terutama pada ketua keluarga. Hal ini kerana ianya jatuh pada hukum Sunat Kifayah (كفاية).

::::: Namun, ianya menjadi Wajib apabila seseorang itu bernazar hendak melakukannya.
-----------> Contoh lafaz :)
" Lembu itu untuk Allah. "
" Kambing itu untuk Qurban. "


Firman Allah s.w.t. :)

فصلّ لربّك وانْحرْ
" Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah keranaNya. "
(Surah Al-Kauthar, 108:2)


SEJARAH DISYARIATKAN QURBAN :)

::: Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Menurut sejarah, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya, Nabi Ismail untuk menguji ketaatan dan kesetiaan baginda kepada Allah s.w.t.. Berkat ketabahan dan kesabaran mereka berdua, Allah s.w.t telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibasy untuk dijadikan Qurban.


RUKUN DAN SYARAT QURBAN :)

Rukun :

::: Binatang Qurban
::: Masa Qurban
::: Orang yangdituntut membuat Qurban

Syarat :

::: Binatang Al-An'am
::: Tidak mempunyai cacat yang buruk.

::::: Bermula pada Hari Raya Qurban selepas sembahyang Hari Raya dan pada Hari-hari Tasyrik.

:::::::: Islam
:::::::: Merdeka
:::::::: Akal dan baligh
:::::::: Bermukim
:::::::: Berkemampuan

PELAKSANAAN QURBAN :)

Binatang yang boleh dibuat Qurban :

- Unta -----> 6tahun ( seramai 7 orang )
- Lembu/kerbau -------> 3tahun (seramai 7 orang)
- Kambing/kibasyh ------> 3 tahun (seramai 1 orang)
- Biri-biri ----------------> 2tahun/setelah berganti gigi setelah berumur 6bulan (seramai 1orang)

p/s: Binatang yang hendak diqurbankan itu hendaklah BEBAS dari sebarang penyakit dan cacat buruknya yang boleh mengurangkan isi dagingnya.

Orang yang melakukan Qurban hendaklah berNIAT ketika menyembelih/mewakilinya kepada orang lain.
Orang yang melakukan Qurban, diSUNATkan untuk hadir menyaksikan acara tersebut.


SUNAT-SUNAT QURBAN :)

::: Hendaklah menyembelih sendiri binatang qurban, jika dia mampu
::: Menghadap Qiblat
::: Alat penyembelihan hendaklah TAJAM.
::: Membaca basmalah.

HIKMAH QURBAN :)

- Hayati pengorbanan dalam peristiwa dan semangat berqurban yang berlaku pada Nabi Ibrahim dan anaknya.
- Dapat membantu mengeratkan silaturrahmi antara mereka.
- Memupuk rasa kasih sayang, sifat ikhlas, taqwa ,sedia berqurban lillahi ta'ala.
- Rapatkan jurang antara orang Islam yang berada dan miskin.


PENGAGIHAN DAGING :)

- Dibahagi pada :
:: Fakir
:: Miskin
:: Kaum kerabat

p/s: Orang melakukan qurban SUNAT memakan daging qurban itu.

فكلوا اْ منها وأطعموا البائس الفقير
" Maka makanlah sebahagian darinya dan beri makanlah(bahagian lain) pada orang lain yang sengsara ,yang fakir dan miskin. "
(Surah Al-Hajj 22:28)

p/s: Orang fakir dan miskin boleh memakn/menyimpan/menjualnya kerana daging itu telah menjadi haknya.
Orang yang kaya, hanya boleh makan sahaja tanpa ada hak untuk menjual.

P/S : TIDAK BOLEH agih daging qurban pada  orang KAFIR.

Wallahu a'lam ^_____^

Friday, November 4, 2011

Satu klik sahaja, hampir terbang persahabatan…


Sangat moden dunia sekarang, tidak perlu buat temu janji atau sibuk-sibuk susun masa untuk borak-borak dengan rakan-rakan.
Dah banyak laman sosial,…
nak mesej? Pergi kat chatting ..
nak dengar-dengar suara? Pergi dekat call..
atau nak face to face? Pergi dekat video call..
Semua bergantung pada kita.. kemana kita mahu jelajah.. ingin jadi pembinasa atau Pembina.. ingin meningkatkan diri atau menjunamkan diri..

sangat sukar membina sesuatu persahabatan.. tapi terfikirkah kita.. persahabatan yang sukar dibina itu boleh hancur dalam sekelip mata sahaja, tiada warning , tidak dialukan..
malah satu klik sahaja dah cukup menghancurkan hati seseorang sahabat…

memang niat baik , hantar mesej untuk menghiburkan hati seseorang..
tapi terfikirkah mesej tersebut dapat diterimanya dengan hati yang terbuka..
mungkin mesej kita itu mengandungi ayat-ayat yang melampaui batas …

fikir-fikirkanlah sebelum men send , bercakap, bergurau sesuatu…
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)


Marilah menghayati suatu kisah :

Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.
Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.
Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir: “Heii……siapa ini?? lepaskan aku!!!”, Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.
Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini??”
Zahir: “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka”
Rasulullah: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas RA)
Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Subhanallah.. selawat keatas junjungan rasulullah...tidak semua perkara yang kita lakukan indah dimata orang,
dan barangkali sesuatu yang kita benci ia disukai orang,
walaupun buruk dimata orang, lakukanlah... jika ianya indah..
disisi Allah...
Renungilah demi iman…
Muhammad luqman©copyright-nov-2011**