Tuesday, December 11, 2012

SOLAT DAN KEISTIMEWAANNYA

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana dapat juga ana meng-update blog.

Kali ini, insyaALLAH, ana nak kongsi apa yang ana telah baca dalam buku berjudul :
" SOLAT DAN KEAJAIBANNYA - 
DATO' HAJI ISHAK BAHAROM(Allahyarham) AZRUL HAKIM SURADI "


Apa keistimewaannya solat dalam Islam??

Mari kita lihat..

Ana dah ringkaskan sedikit dan menaip apa yang ana faham.

" Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan, " Aku bertanya kepada Rasulullah, amalan apakah yang paling utama. Baginda menjawab, ' Solat yang didirikan tepat pada waktunya.' Aku bertanya lagi, 'Lagi... amalan apa?' Baginda menjawab, ' Berbakti kepada kedua ibu bapa.' Aku bertanya lagi, 'Lagi, amalan apa?' Baginda menjawab lagi, 'Berjihad di jalan Allah.' "

HR. BUKHARI DAN MUSLIM

1 - SOLAT ADALAH TIANG AGAMA

 Agama tidak akan berdiri dengan sempurna tanpa ibadat solat.
Ia boleh diumpamakan dengan rumah.
Hidup tanpa solat ibarat rumah tanpa tiang.
Mana mungkin rumah dibina tanpa tiang.
Dan mana mungkin atap boleh didirikan tanpa sokongan tiang.

Jadi, dengan bersolat, kita akan dipandang sebagai umat yang baik dan taat kepada perintah Allah.

Rasulullah bersabda:
"Solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia mendirikan agamanya. Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya."

2- SOLAT ADALAH KUNCI PINTU SYURGA

Setiap pintu memerlukan kunci untuk membukanya.
Begitu juga dengan pintu syurga.
Mana kuncinya?
Kuncinya adalah ibadat solat kita.
Dengan bersolat, kita dahpun memegang kunci pintu syurga, insyaALLAH


Rasulullah bersabda:

Jabir Ibn Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. " Kunci Syurga adalah Solat dan kunci Solat adalah wudhuk."
HR. TIRMIDZI

 3- SOLAT PENGHUBUNG ANTARA HAMBA DENGAN TUHANNYA

Sabda Rasulullah :

Diriwayatkan daripada Anas Ibn Malik r.a bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu mendirikan solat, bererti dia sedang berkomunikasi dengan ALLAH S.W.T."
HR BUKHARI

Oleh itu, kalau ada sebarang masalah, sila lah mengadu pada NYA, insyaALLAH Allah memakbulkan doa kita dan amalan sunat yang kita lakukan semata-mata untuk meraih keredhaanNYA.


------------------------------------------------------------

Baiklah, ana rasa setakat ini sahajalah apa yang dapat ana kongsikan disebabkan kekangan waktu pada saat ini.. :)

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA, INSYA-ALLAH

ALLAHUMMA SOLLI A'ALAA MUHAMMAD




Tuesday, October 9, 2012

PERKONGSIAN ILMU STPM

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah, kali ini tergerak tangan untuk berkongsi ilmu STPM :)


BM

Kata Hubung Keterangan
 
- Masih (MUSABAB)
 
- Aku (AKIBAT)
 
- Sayang (SYARAT)
 
- Walau (WAKTU)
 
- Telah (TUJUAN)
 
- Hancur (HARAPAN)
 
- Cintaku (CARA)
 
- Terhadap ( TENTANGAN)
 
- Beliau ( BANDINGAN)
 
* CARI SETIAP SATU CONTOHNYA
 

Kalau karangan berkenaaan FAKTOR :

>>>>> InTeKaMaNe <<<<<

* In - Individu

* Te - Teknologi

* Ka - Kawan

* Ma - Masyarakat

* Ne - Negara

Masukkan FAKTA dalam karangan (Pendahuluan)

- Menurut Kementerian Sains dan Teknologi, ......
 
 
ialah + KN
 
adalah + KADJ/ KSN
 
bukan + FN/FSN
 
tidak + FADJ/FK
 
Imbuhan awalan MeN... (kata pinjaman) - KEKALKAN
Contoh : Tafsir - MenTafsir
 
Imbuhan awalan pada kata asli BM - UBAH
Contoh : Sasar - MenYasarkan (S-Y)
* p- m
* t-n
* k - ng
* s - ny
 
KONSONAN TIDAK BERSUARA (TB) :
 
CHoPSTiK
-C H P S T K
 
KONSONAN PINJAMAN TB :
 
KoS FoTo
- K S F T
 
LETUPAN :
 
Udara dilepaskan secara serta merta :
 
- P B
 
LETUSAN :
 
Udara dilepaskan secara perlahan :
 
- C J
 
::: MUET (SPEAKING) :::
 
TO GREAT - Good Morning, everybody !
 
TO INTRODUCE - I'm Candidate A/B/C/D
 
TO WELCOME - It's a great pleasure to see all of you here today !
 
TO WISH - I hope everyone will play our part to...
 
TO INTRODUCE THE TOPIC - Today, I am going to talk on....
 
TO ASK THE Q - In your opinion, what are the other ....
 
TO CONCLUDE - With this saying, I would like to conclude my speech that ....
- Based on our discussion, I think we can conclude that ...
 
TO THANK - Finally, I would like to take this oppurtunity to thank everyone for your participant and full co-operation. TQ
 
::: SYARIAH :::
 
Syarikat - Menetapkan hak pada sesuatu untuk 2orang/lebih dengan cara berkongsi
 
Takaful - Akad perjanjian jaminan antara 2 pihak terhadap diri mengikut syarat tertentu
 
Khiyar - Hak memilih/menawar dalam j/beli
 
Jual Salam (Tempahan) - Jual beli yang dilakukan terhadap barangan yang belum wujud semasa akad tetapi ditentukan jenis harga, sifat
 
Jual Beli Istisna' - Jual beli yang dipersetujui antara pembuat barangan yang ditempah dengan pembeli barang tempahan itu disebut kadar + jenis + bahan yang hendak diguna ialah bahan yang ada pada pembuat
 
Gadaian (AlRahnu ) - Menjadikan sesuatu sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya untuk membayar.
 
 
THE END :)
 
Setakat ini sahaja apa yang dapat ana kongsikan buat masa dan saat ini..
Panjang umur, ana kongsi lagi.
 
DO OUR BEST IN STPM :)
 
ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD
 
 

Thursday, October 4, 2012

EXAM?

 
 
 
 
Assalamualaikum wbt...
 
 
Semakin tiba dengan peperiksaan...
 
 
 


Kepada adik -adik PMR , SPM dan sahabat-sahabat STPM 2012 semoga berjaya menduduki peperiksaan dan sama-sama memperoleh keputusan yang cemerlang,insyaAllah. AMIIIN :)



DUP...

DAP...

DUP...

DAP...


Serius dah dekat dah nak final exam.

* Sangat gementar *

Nah...

Ana ada sikit tips untuk menghadapi peperiksaan :)

Semoga berguna untuk semua , insyaALLAH

::: PERSEDIAAN KESIHATAN :::

- Perbanyak pengambilan bahan-bahan yang mentah (buah-buahan,sayuran,kekacang)

- Elakkan/Kurangkan makan makanan yang diawet, junk food

- Elakkan makan organ dalaman haiwan

- Lebihkan minum air kosong ( Elakkan minuman bergas)

- Lebihkan minum susu segar


::: KELEBIHAN PEMAKANAN YANG SIHAT :::

- Lebih bertenaga

- Fokus/konsentrasi

- Meningkatkan keupayaan

- Kulit dan rambut yang sihat

- Berupaya menangani stress

- *Kesakitan semasa kitaran haid berkurangan/tiada


::: PERSEDIAAN MENTAL :::

- Elak fokus kepada perkara lain ( Couple)

- "Ujian dan peperiksaan adalah perkara biasa"


::: PERSEDIAAN JIWA :::

- Tenangkan jiwa

- Maafkan kesalahan orang lain

- Sedia memohon kemaafan

- Saling memberi perangsang kepada rakan

- Bersangka baik kepada orang lain

- SENYUM walaupun dalam tertekan

- Elak konflik dengan rakan/ahli keluarga


::: PERSEDIAAN ROHANI :::

- Tidak meninggalkan solat 5 waktu

- Solat-solat sunat lainnya

- Doa yang berterusan

- Doa yang tidak mendesak

- Harapkan keredhaan ALLAH

- Bersangka baik pada apa yang diperoleh

- Zikrullah

- Perbanyakkan selawat

- Al-Quran sentiasa dibaca


::: PERSEDIAAN PERALATAN :::

- Pastikan segala peralatan (pen , pensil, pemadam, kalkulator dll) dalam keadaan baik

- Slip peperiksaan

- I/C

- Jadual peperiksaan disemak beberapa kali dan tanda dengan warna









DOA ITU SENJATA MUKMIN :)


AMALKAN :)


AKHIRUL KALAM......
 
 



DAN.......
 
DO NOT DISTURB:)
 
 



ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD

 

Monday, August 13, 2012

B.A.N.T.U .M.E.M.B.A.N.T.U

Assalamualaikum wbt wahai sahabatku sekalian J

Apa khabar agaknya anda anda semua ye?

Doa ana agar enta enti semua berada dalam rahmat kesihatan Allah J

Ana? Alhamdulillah, J Sihat..

Cuma agak kesibukan dalam menelaah mata pelajaran STPM.

** Doakan ana moga berjaya dalam STPM 2012 ni ye? **

Haaa...
Sebelum nak pergi ke topik kita pada kali ini, ana nak bagitahu ni...J

Jari jemariku sedang ? atas keyboard netbook 1M :

Alhamdulillah J

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx






Baiklah.
Sesuai dengan bulan yang penuh mulia ini, banyak kali kan kita dengar di radio, kaca televisyen dan juga apa-apa media elektronik yang wujud di dunia ni pasal bantu - membantu orang yang kurang berkemampuan menjelang syawal kelak. Alhamdulillah, masih ramai yang ambil cakna orang yang memerlukan. ( Walaupun tidak mereka minta. )

" Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. " J
A  Bantuan kewangan

::: Bantuan ni muncul dalam pelbagai bentuk dan cara. Kewangan adalah satu caranya. Bagi mereka yang berada, bolehlah atau digalakkan untuk bersedeqah kepada sesiapa yang memerlukan. Bagi la setakat yang mampu.

p/s : Pastikan keIKHLASan itu wujud,ye?


A  Bantuan kasih sayang

" Sayang menyayang... Cinta dikenang... Perasaan menjadi ......... "
** Hamboi Mak Lijah.... Menyanyi sakan nampak? Hui Hui Hui **


Mereka yang kurang bernasib baik ini, bukan semata-mata nak kan duit aje tau. ($_$)'

Mereka perlukan kasih sayang daripada kita - kita...

Kasih sayang tu, sebagai contoh....

Melawat mereka..

Menjenguk mereka..

Meluangkan masa dengan mereka..

Mereka dapat berasa gUmbira dengan kehadiran dan kesanggupan kita memberi secebis kasih sayang pada mereka.

" Sesiapa yang sanggup antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka, hendaklah dia bersedekah walau hanya denga sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai  apa-apa hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik."
(HR. Ahmad dan Muslim)



Wallahua'alam

Allahumma Solli A'ala MUHAMMAD

Sunday, August 5, 2012

SALAM NUZUL ALQURAN :)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ









Assalamualaikum wbt.. :)


Alhamdulillah...


Panjatkan kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa ; Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya, masih lagi kita bernafas untuk hari ini.


Syukur kerana kita masih lagi boleh memijak bumi ini.


Syukur juga kerana dengan ini kita masih lagi berpeluang untuk meraih pahala sebanyak yang mungkin. > Sementara masih diikat syaitan; musuh manusia :)


Dan...


Syukur juga kerana dapat lagi kita teruskan berpuasa sehingga hari ke-17.


Alhamdulillah :)


p/s: Harap semua masih bersemangat untuk meraih pelbagai keistimewaan pada bulan Ramadhan ini. - Setahun sekali aje tau ;)




---------------------------------------------------------------------------------


Sempena hari ini yang dikatakan hari nuzul(turunnya) AlQuran, ana nak bagi sedikit terjemah AlQuran mengenai AlQuran itu sendiri. :)


" Maha Suci Engkau yang telah menurunkan furqan (AlQuran) kepada hambaNya MUHAMMAD, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia). "


Al-Furqan : 1




" Katakanlah (MUHAMMAD), " (AlQuran) itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang. "


Al-Furqan : 6




" Dan ini AlQuran adalah suatu peringatan yang mempunyai barakah yang telah Kami turunkan. Maka apakah kamu mengingkarinya? "


Al-Anbiya' : 50




" Maka janganlah engkau taati orang-orang kafir, dan berjuanglah terhadap mereka dengannya (AlQuran) dengan (semangat) perjuangan yang besar. "


Al-Furqan : 52




" Aliif Laam Ra. (Inilag) kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (Allah), Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti. "


Hud :1




" Aliif Laam Ra. Inilah ayat-ayat AlQuran yang pernuh hikmah."


Yunus: 1




" Aliif Laam Ra. (Surah) inilah (sebahagian dari) ayat-ayat Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) AlQuran yang memberi penjelasan. "


Al-Hijr : 1




" Dan sungguh, Kami telah menyampaikan perkataan ini (AlQuran) kepada mereka agar mereka selalu mengingati. "


Al-Qasas : 51




" Kitab ini diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. "


Al-Ahqaf : 2




" Dan ini sesungguhnya AlQuran yang sangat mulia."


Al-Waqi'ah : 77






WALLAHUA'ALAM


ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD


P/S ::: TINGKATKAN IMAN KITA DENGAN AMALAN-AMALAN MAHMUDAH DAN TINGGALKAN AMALAN YANG MAZMUMAH.




~SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA~

Friday, July 27, 2012

S.A.L.A.M. R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum wbt... :)

Allahumma ballighna Ramadhan..

Alhamdulillah...

Akhirnya, kita diberi ruang dan peluang lagi untuk bersemuka dengan bulan yang penuh barakah ini...

Bulan yang dapat kita sama-sama manfaatkannya untuk meraih seberapa banyak pahala yang mungkin:)

Insya Allah :)

Orang cakap.....

"Kalau nak tau perangai kita yang sebenar, nilailah pada bulan Ramadhan..... 
Sebab bulan ni lah yang kita buat apa pun jua atas dasar perasaan sendiri...
Tanpa dorongan syaitan.... "



JOM kita baca terjemahan mengenai Syaitan ni dalam beberapa potongan ayat dalam AlQuran :::
 "Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"

Surah Al-Hijr :39




" Sesungguhnya pemboros itu adalah sadara Syaitan,, dan Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Ram ( Tuhannya) "

Surah Al-Isra' : 27


" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKU( Allah), bahawa hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik,(perkataan yang tepat dan benar), kerana sesungguhnya Syaitan itu akan selalu menimbulkan perselisihan antara mereka. Sungguh, Syaitan adalah MUSUH yang nyata bagi manusia. "

Surah Al-Isra' : 53


Dalam hadith pula :


Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : 
" Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana Syaitan akan menjadi ketiganya." 

HR. AHMAD ALTIRMIDZI [ sanad yang sahih]



Hm....

Sangat dan amat bahaya sekali apabila diri terhasut dengan godaan Syaitan ...

Mohon supaya sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.. 

Ya ? :)


Puasa itu menambah pahala dan keimanan kita serta kepatuhan kita kepada Sang Pencipta ~




ALLAHUMMA SOLLI A'ALA MUHAMMAD








p/s: Maaf andai ada terkasar bahasa selama berblogging ni:)
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI KITA SEBAGAI HAMBANYA :)


ALLAHUMMA AMINN :)






SURAH NI BOLEH MENGHIDARI KITA DARI SYAITAN , INSYAALLAH..
YAKIN :)






Thursday, May 31, 2012

Pada Suatu Hari

Assalamualaikum wbt.. ;)

Hai, dah lama jari jemariku tak menekan keyboard ni... ;)

Bulan April merupakan bulan yang amat sibuk buat masa ini..

Kali ini, ana nak penuhkan entri ini dengan satu sketsa di dalam bas awam. :)

Yang berlaku pada diri ana sendiri....


** Jeng . . . Jeng . . . Jeng . . . **

Hehehe... Suspen tak ? ;)

Begini ceritanya ;)





****************************************************



Pada hari Ahad bersamaan 27 Mei 2012, lebih kurang pukul 4 petang... ....


Lokasi : Station bas ( Dalam bas )




Mataku melilau- lilau* ( boleh guna ka dalam BM? ) mencari ruangan kosong untukku dan ibu saudaraku.

Sedang mataku sibuk mencari...

Haaah !!

Dah jumpa tempat kosong, alhamdulillah..

Satu tempat.
Ibu saudaraku menyuruhku duduk di situ manakala beliau ambil tempat di bahagian tengah perut bas.

Jadi... Apa lagi... Duduklah aku di situ kerana kepenatan berjalan-jalan di bandar walaupun, terlihat aku di hadapanku terdapat sepasang kekasih sedang asyik bergurau senda.

" APA? TAK MALUKAH MEREKA BERBUAT DEMIKIAN DI TEMPAT AWAM??? TAMBAHAN PULA, KERUSI DI SEBELAH , BEBERAPA WARGA TUA SEDANG MEMERHATI GERAK GERI MEREKA... "

Aku lihat ke arah mak cik mak cik di sebelah kiriku...
Tampak sekali wajah ketidakpuas hati dan meluat melihat kemesraan yang tak sepatutnya.

TAPI, tiada apa-apa tindakan?

Mengapa?


Diriku membuak-buak untuk menegur mereka yang sedang asyik bermanja-manjaan.

Mereka, sang lelaki dan perempuan duduk amat rapat!!
Rasanya...

Muat lagi sorang duduk di sebelah mereka.

MASYA-ALLAH!

Sedang aku menanti bas untuk memulakan perjalanan, otakku ligat berfikir bagaimana cara untuk menegur mereka. Paling tak, jangan buat macam tu kalau ada orang tua dan budak-budak sekolah rendah.


Bas bergerak....

Aku masih lagi memerah otak dan mengawal perasaan berdebarku untuk menegur mereka.

* Beginilah aku... Akan sentiasa dan cepat berdebar apabila ingin bertanya dan menegur seseorang even dah kenal orang itu. *



Lagi beberapa minit aku akan sampai ke rumah...

Drama masih hangat di tayangkan di hadapan khalayak ramai dan AKU !!!


" Ahhhhh......... TIDAKKKKK!! Aku kena lakukan sesuatu biar dia terasa dengan tindakan mereka itu adalah SALAH.. " Getus hatiku...


" Errrr..... Baru kahwin ke?? " Permulaan soalanku kepada sang perempuan yang sungguh ayu bertudung.

" Ha?? TAK lah! " Balas perempuan itu.

" Oh. Ingatkan dah kahwin. Sebab tengok gaya macam . . .. (Sambil berkata demikian, aku memandang ke arah kaki mereka yang bersentuhan itu.)

" Dah tu, awak umur berapa? "

" 15 tahun. "

" Errr.... 15 tahun? Semua 15 tahun? "

" Ya. "

Perempuan itu agak tersentap dan memberitahu kepada sang lelaki dan kawannya yang duduk bersebelahan denganku.

" HUUH !! PEDULI APA AKU??? BLA... BLA...BLA...." Marah si lelaki.

Aku pulak, apa lagi....

SENYUM aje lah...

Nak hilangkan debaran di dada..

Menggunakan senyuman yang amat sinis ! ;P

Apabila aku menekan loceng dan berdiri menunggu bas betul-betul berhenti, aku di panggil sang lelaki itu...


" Adik!! Ni hal saya! Saya buat , saya tanggung la dosa tu. Tak payah lah susah-susah! "


Sambil tersenum sinis. " Yelah... Memang tanggung sendiri... Tapi, saya kena tegur jugak kan.? "


Dan, aku terus pergi ;)





p/s: Harap mereka insaf dan ada kesedaran bahawa mereka perlu menjaga batas ;)

Kalau rasa susah, masuk aje meminang.
Itu adalah jalan yang teeeerrrrbaeeeeeeeeeeeekkkk !! :D


TAK NAK cakap dan komen lebih-lebih.

Buatlah penilaian sendiri.

Yang penting, kena berani tegur.



WALLAHU A'ALAM

SOLLU A'ALA MUHAMMAD




Friday, March 16, 2012

... :: MUHASABAH DIRI :: ...









Assalamualaikum wbt... :)


Sobahal kheir...
Moga-moga ceria dan sihat-sihat selalu sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.. ^____^


Hari ini, post menarik bagi ana ! ;))


Baca - Hayati 


** SEBENARNYA, YANG KAT BAWAH NI, ANA CUT AND PASTE JA ^_*
TAPI, MAAFLAH KEPADA TUAN EMPUNYA CERITA INI SEBAB ANA DAH LUPA CILOK DIMANA POST INI. POST NI DAH LAMA TERSADAI DALAM DRAF BLOG INI.
ENTAH SIAPA YANG PUNYA. MAAF LAGI SEKALI YA. HIHI. **




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




JOM BACA !!
SANGAT POWER !!




Petang semalam terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak merangsang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru kulihat.

Aku mula bermonolog.. Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku BUNGA idaman para mujahid...Bunga idaman AGAMA! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.










wallahua'alam




SOLLU A'ALA MUHAMMAD ^_____^

Thursday, March 15, 2012

< L.O.V.E >





" Akak . .. Akak pernah jatuh cinta? "
Auni agak tersentap dengan pertanyaan adiknya,Auji yang satu itu.
Terkejut kerana dalam banyak pertanyaan dari adiknya yang sememangnya kaki tanya, tak pernah dia diajukan soalan itu.






APESAL TAK LEH NAK LETAK KAT LAIN? =.='




'Ya.. !! Adik aku sudah pun remaja ! Pertanyaan sebelum-sebelum ini memang jelas terlihat ketidakmatangannya. Memang patutlah.. Tu masa umurnya 5 tahun... Soalan pun merapu-rapu.. Sekarang, dia sudah pun genap 15 tahun . ..

" Kak .. . "

" Er... Er... Hmm.. Kenapa dik? "

Sambil tersengih-sengih, Auji menjawab, " Tak adalah. .. Cuma nak tahu aje macam mana orang yang sedang jatuh cinta.. "

Aku tersenyum. Penuh makna. Merenung tajam mata bening adikku. Mengintai ketulusan jawapan yang diberikan adiknya itu.

" Kenapa akak ni? Janganlah tengok adik macam tu. Adik tau lah adik lagi comel dan cantikkk pada akak . " Alih adik..

" Huh. .. Dikkkk... Janganlah nak berdalih dengan akak tau.. Akak dulu makan garam pada adik ni.. Adik jatuh cinta dengan seseorang kan? " Duga aku dengan senyuman penuh di bibir.

" Er... Er.... Tak adalah akak..... "

Aku diam. Ingin melihat reaksi adikku seterusnya.

" Hm... Yalah... Yalah.... "

' Yes! Akhirnya, adik aku mengaku juga ! Hehehee ! ' Getus hatiku.

" Haaaa... Kan akak dah cakap... Memang adik ada jatuh hati dengan someone kan... You never ask me that kind of question before this ... "

Tersipu-sipu malu si Auji.

" Dik... Cinta memang tak salah.. Allah memang anugerahkan perasaan tu pada semua hambaNya... Tapi,tak bermakna kita boleh sesuka hati nak guna anugerah Allah tu.. " Senyum aku.

" Habis tu? " Soal Auji.

" Kita kena pandai membahagikan dan meletakkan cinta itu betul pada tempatnya. Zalim kalau kita tersalah tempat. 

" Nah... Tengok lukisan akak ni...Khas untuk adik.... "





LUKISAN YANG CHUMMMIIL ITU SEPATUTNYA ADA KAT SINI,
ASIF JIDDAN.
TAK TAHU KENAPA DAN MENGAPA TAK BOLEH DILETAKKAN DI SINI.
SO, BILA BACA SAMPAI PART NI, NAIK SEMULA KE ATAS YA?
HIHI...
UNTUK TENGOK GAMBAR CHUMMMIIL ITU.
(APAKAH? ;p)



Auji melihat pada lukisan yang sebenarnya peta minda.

" Adik dah sempurnakan cinta-cinta pada semua saluran yang lain tu? Adik, seelok-eloknya kita bercinta dengan pencipta kita dulu.. Solat... Puasa... Buat ma'aruf...Tinggalkan mungkar.... Kemudian, salurkan cinta kita pada para anbiya'.... Seterusnya, pada ibu bapa... Ibu bapa ni ada bahagian dia juga.... Ibu bapa yang sememangnya ibu bapa kita... Itu satu...Lagi satu, ibu bapa goes to guru-guru..... Taatlah pada mereka... Kemudian, pada keluarga.... Adik beradik... Nah... Akak tak pernah dengar pun adik cakap " I LOVE YOU , SIS! " kat akak! Sedih tau. ... *

" Hm... Sorry kak... I LOVE YOUUU. SIS ! Mmmuuuaaahh...! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



P/S :::: Watak kakak dan adik di gunakan disebabkan biasanya hal-hal berkaitan hati, sesetengah dari kita malu nak kongsi dengan orang tua ;)





* PASTIKAN KITA SALURKAN CINTA KITA PADA YANG LAIN-LAIN ITU DULU, BARU LAST SEKALI FIKIRKAN YANG TERAKHIR ITU *
 






SOLLU A'ALA MUHAMMAD

Seceria Jumaat ^__^



Assalamualaikum... :)

Nah....
Bestnya pagi ni....
Ceria sangat....
* Suka tengok awan biru di pagi hari *



' Gambar ni masa musafir ke Kelantan - Negeri Serambi Makkah '



Hm....
Hari ini, hari apa anak-anak? ;)

Ya!
Hari ini, hari Jumaat.... ^____^
Jumaat yang indah seindah kelebihannya.
(Kelebihan Jumaat, insyaAllah pada Jumaat akan datang akan dipostkan,ya)


Ana cuma nak sentuh mengenai bacaan Surah apakah 
yang disunatkan atau banyak dikaitkan dengan hari Jumaat dalam beberapa hadith
untuk kita membacanya pada hari Jumaat. :)




::::::: Surahnya ialah :::::::


Surah Al-Kahfi


:: Kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ::

::: Daripada Abu al-Darda' bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."

- HR. Muslim 809


::: Abu Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka Allah terangi ia dengan cahaya antara dua Jumaat."

- HR. al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan Albani


::: Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W., Baginda bersabda yang maksudnya:

" Barangsiapa membaca Surah alKahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."

- Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355


SO, JOM baca Surah Al-Kahfi !

^__________^






p/s : KEPADA SEMUA MUSLIMIN, SILA OFF-KAN LAPTOP ENTA, DAN BERGEGAS KE MASJID - SOLAT JUMAAT. ^____^


SAMBUNG NANTI-NANTI LAH PULAK BER-ONLINE, YA? ^^<


DENGAR KHATIB BERKHUTBAH, JANGAN DENGAR KAWAN BERKHUTBAH PASAL BOLA SEPAK. ^___^











p/s: Sebenarnya tak perlu pengkhususan Surah dan hari.
Baca tiap-tiap hari atau baca pada hari selain hari Jumaat pun boleh. ^_____^






~ SOLLU A'ALA MUHAMMAD ~

Tuesday, March 13, 2012

. . . Maka S.E.N.Y.U.M.L.A.H . . .







Assalamualaikum wbt. . . :)
* Olo tomey-tomey *
Ya, comel kan kartun tu senyum . . .
Lagi comel kalau manusia yang sebenar senyum . . .

Fenomena dunia :::

Dapat hadiah . . . Baru senyum . . .
Dapat skor straight A's . . . Baru senyum lebar . . .
Dapat . . . Senyum . . . 
Dapat . . . Senyum . . . 

Arghhhh . . . 
Yang pasti, kita kalau dapat apa yang kita nak/impikan/sukaaa . . . 
Memang comellah kita masa tu . . .
Kan? :)

Tapi . . .
Kalau . . . 

Kena marah . . . 
Gagal dalam peperiksaan . . .

Pendek kata, apabila kita mendapat musibah . . .
:(
Nah ! 
Muka kita pasti macam tu kan?
Kan?
Huhu . . .
* Langsung tak comel dah *

Lagi menambah ketidakcomelan kita, bila . . .
:( + cry = :'-(
Huk . . . Huk . . . Huk . . .





Rasulullah pernah bersabda ::: 

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – HR Muslim. 


Nah !
Lihatlah betapa besarnya nilai senyuman yang dilontarkan . . .
Senyuman bisa memaniskan wajah kita . . .
Bisa juga menceriakan si penerima senyuman . . .
Lazimnya, kalau kita senyum pada orang, orang itu akan membalas senyumannya pada kita . . .
Maknanya di sini, kita tak boleh lokek dengan senyuman kerana senyum juga merupakan sebahagian daripada sedekah . . .

Namun . . .
Berpada-padalah dalam memberi senyuman . . .
*Terutama kepada ajnabi . . .*

Kerana :::

Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Kita, bila dah suka, bukan setakat senyum yang terukir di bibir . . .
Tapi sekali dengan suara . . .

Sis . . .
Bro . . .
Itu namanya ketawa !
Ketawa berdekah-dekah ! =.='

Sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda :::

“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.  
So, JOM kita ubah. . . .
Control  kegembiraan kita . . .
Jangan lagi ketawa berdekah-dekah . . .
Sebab macam dalam hadith kedua :::

". . . banyak tertawa itu mematikan hati."


Jadi, walau apapun keadaan kita. . . .
JOM ukirkan senyuman . . .
Senyum itu penawar bagi segala penyakit, insyaAllah. :)





Sollu A'ala MUHAMMAD ^^v






SUMBER HADITH ::: 

Read more: