Wednesday, June 8, 2011

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Assalamualaikum.. :)


Kali ini, ana nak kongsi tentang waktu yang amat mustajab, insyaALLAH untuk berdoa. :)


JOM baca ! ^__________^











# Ketika turun hujan.

# Ketika hendak memulakan solat dan sesudahnya.


# Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan.


# Pada waktu tengah malam.


# Di antara azan dan iqamat.


# Ketika iktidal akhir solat.


# Ketika sujud dalam solat.


# Ketika khatam (tamat) membaca al-Quran 30 juzuk.


# Sepanjang malam, terutama sekali sepertiga yang akhir juga waktu sahur.


# Sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bertemu dengan saat diperkenankan doa (ijabah) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.


# Antara Zuhur dengan Asar dan antara Asar dengan Maghrib.


:::: Selain itu, tempat utama mustajab doa pula adalah ::::


# Ketika melihat Kaabah


# Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW.


# Ketika melakukan tawaf.


# Di Multazam.


# Di telaga Zamzam.



# Di Kaabah.

# Di belakang Makam Ibrahim.


# Di Bukit Safa dan Marwah.


# Di Arafah, Muzdalifah, Mina dan berhampiran Jamrah (tempat melontar).


# Tempat mulia seperti masjid, surau dan lain-lain.



Allah SWT berfirman bermaksud: 



“Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku sudah memerintahkan supaya berlaku adil dan mendirikan solat pada setiap masjid serta berdoalah kamu kepada-Nya dengan mengikhlaskan taat kepada-Nya. Bagaimana Tuhan sudah menjadikan kamu pada permulaan, begitu pulalah kamu akan dikembalikan.” 


(Surah al-A’raf ayat 29)









SOLLU A'ALA MUHAMMAD