" Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Pemilik hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya ; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (jalan) mereka yang sesat. "
(Al- Fatihah : 1-6)
Assalamualaikum wbt. :) Alhamdulillah lagi sekali Allah memberi kesempatan ruang dan peluang untuk memenuhi entri yang dah lama tak terisi ni. :)
Kali ini, sepertimana apa yang ana tulis di awal entri ini iaitu terjemahan dari Surah Al-Fatihah, ana nak kongsi pada sahabat dan kepada sesiapa saja yang singgah ke blog ni tentang
JOM kita baca! :)
Iblis Menangis Meraung-raung ketika Surah Al-Fatihah di turunkan!
Al-Fatihah merupakan :
::: Harta simpanan di A'rasy :::
" Ada empat ayat yang merupakan bahagian dari harta simpanan A'rasy yang tidak pernah diturunkan kecuali itu sahaja, iaitu Ummul Kitab .Allah berfirman :
" Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ummul Kitab (Lauh Mahfuz) di sisi Kami, benar-benar (bernilai) tinggi dan penuh hikmah."(Surah al-Zukhruf:2)
Kemudian ayat Qursi, akhir surah al-Baqarah, dan surah al-Kauthar."
::: Ummul al-Quran :::
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata :
" Sabda Rasulullah: "Ummul Quran adalah 7(ayat) yang di baca berulang-ulang kali dan merupakan inti sari daripada al-Quran yang agung. "
Dalam lafaz lain :
"Ia(al-Fatihah) adalah alQuran yang agung."
"Alhamdulillah adalah Ummul AlQuran, Ummul Kitab dan al-sab'u al-Mathani 7(ayat) yang dibaca berulang-ulang."
::: Surah paling utama dalam AlQuran :::
Diriwayatkan daripada Anas, katanya :
" Dalam sesuatu perjalanan, baginda Rasulullah singgah di suatu tempat. Kemudian seseorang menyertai baginda di sampingnya. Baginda pun menoleh ke arahnya dan bersabda : " Mahukah kamu aku beritahukan surah yang paling utama dalam AlQuran? Kemudian baginda S.A.W. membacakan : " Alhamdulillahi Rabbil A'alamin. "
::: Bacaan wajib dalam solat :::
Al-Fatihah merupakan bacaan wajib dalam solat. Maka, tidak sah solat seseorang yang tidak membaca surah ini.
Diriwayatkan dari Ubadah ibn Shamit, dia berkata:
" Suatu ketika Rasulullah S.A.W. mengerjakan solat Subuh, kemudian Baginda merasa sulit dalam bacaannya, maka setelah selesai solat Baginda S.A.W. bersaabda : " Aku dengar kamu semua membaca di bleakang imam kamu." Kami berkata: " Benar ya Rasulullah, demi Allah." Baginda bersabda : " Hendaklah kamu semua tidak melakukannya selain membaca Ummul Kitab, kerana sesungguhnya tidak sah solat orang yang tidak membacanya.
::: Bacaan Ruqyah :::
Al-Fatihah boleh dijadikan bacaan ruqyah bagi orang yang terkena gigitan haiwan berbisa dan sebagainya.
----> Ubat penawar racun
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Surah al-Fatihah dapat menjadi ubat penawar racun."
----> Penyembuh orang yang gila
----> Penyembuh segala penyakit
Diriwayatkan daripada Abdul Malik Ibn Umair, Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Dalam Surah alFatihah terdapat ubat penawar bagi semua penyakit."
Akhirul Kalam, JOM baca, amal, HAYATI terjemahan alFatihah. :) Mesti syok solat bila kita lebih faham maksud apa yang kita sebutkan.
*** Barangsiapa yang membacanya diikuti dengan Mu'awwidztain setelah Solat Jumaat sebanyak 7 kali, maka dia akan dijaga Allah hingga Jumaat yang berikutnya. :)
p/s: Ketika kita solat, kita sedang bertutur dan berkomunikasi dengan ALLAH. Dan ALLAH akan berbual-bual dengan kita. Jadi, bacalah dengan kadar yang sederhana yakni tidak terlalu cpeat dan tidak terlalu lambat. :)
~ Sollu a'ala Muhammad~