Wednesday, February 15, 2012

Salam Maulidur Rasul :)







" Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu, dan pembawa berita gembira kepada orang yang beriman serta pemberi amaran kepada orang yang ingkar dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan taufiq yang di beriNya sebagai lampu yang menerangi."
(Al-Ahzab :45-45)


Assalamualaikum wbt. :) Dah lama ana tak update dalam ni. :) Baru hari ni berkesempatan nak update ( as usual, update bila boleh pinjam laptop sepupu ) ^____^

Hari ni, insya- Allah , ana nak kongsi ilmu yang cetek ni dengan sahabat-sahabat sekalian yakni berkenaan Nabi Muhammad berkenaan ayat dari surah Al-Ahzab di atas. :)

" Tak Kenal Maka Tak Cinta "
Hurmm...
Pepatah orang-orang lama ni sentiasa kita dengar dan juga kita guna pakai, kan ? :)
Entri ana sebelum-sebelum ni pun ada pepatah ni, tapi kali ni lain tau. :)
Kali ni, ana nak bawa satu kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ( Sollu a'ala Muhammad )

JOM kita kenali Nabi agar lahir cinta di hati kepada insan mulia ini  (n___n)'


::::: Muhammad sabagai utusan kepada seluruh umat manusia :::::


  • Telah Allah tetapkan bahawa adanya Nabi sebagai utusan kepada seluruh umat manusia.
~ Pengutusannya telah menjadi rahmat kepada manusia.

  • Disebabkan tanggungjawab yang di galas oleh seseorang Nabi itu amatlah berat dan sukar, maka bersesuaianlah jikalau Allah menciptakan manusia khusus dan istimewa serta memiliki ciri-ciri yang amat hebat1 Subhanallah! Namun, perlu kita ketahu bahawa Allah Maha Hebat. :)

::::: Muhammad sebagai Shahid :::::



  • Shahid ialah saksi. Ya! Nabi Muhammad S.A.W.. bersaksi bahawa Allah itu Esa yakni satu.
~ Tiada dua atau tiga Tuhan.
Firman Allah :
" Katakanlah ( Muhammad), ' Dialah Allah, Yang Maha Esa. "
( Al-Ikhlas: 1)

'Eh.. . . Macam mana nak tunjukkan atau bak zahirkan bahawa kita saksi Allah itu Esa? '
~ Ha ah... :) Dengan kita bersolat, perbuatan dan perkataan yang di ucapkan sepanjang solat yang didirikan, lafaz azan yang dikumandangkan,ucapan dua kalimah syahadah, membaca Al-Quran dan perkara-perkara mahmudah yang lain. :')

' Senang kan ? ' ^^,


  • Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W. juga bersaksi pada hari kiamat.
~ Orang mukmin akan merasa gembira kerana menuruti Nabi ketika hidup di dunia sehingga mereka dapat masuk ke syurga dan mendapat segala nikmat yang kekal selama-lamanya. Subhanallah! :)

~ Orang kafir/orang yang menzalimi diri mereka sendiri akan merintih pada hari kiamat kerana ingkar dan tidak menuruti Nabi. Hurmm . . . . Wa nau'u zubillah :'(



::::: Muhammad sebagai Mubasyyir :::::

  • Mubassyir ialah pemberi khabar gembira.
~ Nabi menyampaikan berita gembira kepada mereka yang mentaatinya. Berita gembira yang dikhabarkan itu adalah mereka akan menerima balasan syurga! ^____^

~ Nabi langsung tidak ada kepentingan jika kita menurutinya, bahkan ini semua adalah untuk kita semua.
Hebat kan ? :)

~ 'So. . . Nak dengar berita gembira ke tak ?'
------> M.U.H.A.S.A.B.A.H


::::: Muhammad sebagai Nazir :::::




  • Nazir ialah pemberi amaran.
~ Barangsiapa yang tak tertarik sama sekali dengan berita gembira yang dikhabarkan Baginda yakni syurga, Nabi memberi amaran dalam Al-Quran.

Firman Allah :

" Tidak ada orang yang akan menderita akibat api neraka kecuali orang yang mendustakan kebenaran dan berpaling darinya. "
(Al-Lail : 15-16)

~ ' Hurmmm. . . . Takutkah kita dengan api neraka?? Api dunia pun pedih dan perit, apatah lagi di neraka..'



::::: Muhammad sebagai Da'ie ::::: 





  • Da'ie merupakan penyeru.
~ Nabi menyeru manusia untuk ke jalan dan tali(agama) Allah.




~ Nabi mengajak manusia untuk menyembah Allah, mengesakanNya, beribadat hanya kepadaNya, menuruti perintah dan meninggalkan laranganNya.



::::: Muhammad sebagai Siraj Munir :::::



  • Siraj Munir ialah lampu yang menerangi.
~ Nabi menjadi sumber dan punca objek lain juga bercahaya dan menjadi terang.

~ Baginda S.A.W. menjadi penyuluh kehidupan manusia yakni menyuluh dan mengeluarkan mereka dari zaman gelap( Jahiliyyah) kepada nur/cahaya Islam. Hal ini menyebabkan mereka yang diterangi itu akan terselamat dari dunia dan juga akhirat. :)



(n___n) 'Hah! Amacam? Dah kenal Baginda Muhammad S.A.W..??'

Dengarlah dan patuhilah!:)
InsyaAllah syafaat baginda sentiasa menanti. :)

Khulasohnya, Nabi Muhammad sememangnya seorang insan yang mulia dan ma'sum. Jadilah seorang mukmin yang menjalani hari-hari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. :)

Ingatlah Nabi di saat-saat akhir Baginda, masih lagi teringat akan umatnya yakni kita!





". . . ummati . . . ummati . . . ummati . . ." 





~ Shollu a'ala Muhammad ~ ^^