Sunday, December 11, 2011

Qiyamullail!






Assalamualaikum wbt sahabat semua. :) Keif imanuka/i alyaum?(Bagaimana iman kamu hari ini?) ^^
Hari ini, lagi sekali berkesempatan untuk memenuhi entri yang dah semakin hari semakin jarang di penuhi tazkirah/cerita/pengalaman dan segala macam bentuk lagi. :) Kali ini, insyaAllah ana akan berkongsi dengan sahabat semua mengenai Qiyam. Apa itu Qiyam? Apa itu Qiyamullail? Mungkin ramai yang sudah sedia maklum pengertiannya, dan mungkin ada segelintir sahabat yang masih samar-samar mengenai Qiyam ini. Ayuh, mari kita baca dan selami serta praktikkannya dalam kehidupan seharian sebagai hamba yang sentiasa ingin mem-upgrade-kan diri masing-masing di hadapan Allah S.W.T.. Subhanallah! :)


** Panjang bebeno pendahuluannya :)**


::: DEFINISI QIYAMULLAIL :::

- Qiyam ialah bangun.
- Allail ialah malam.

>>> Jadi, Qiyamullail membawa maksud bangun pada waktu malam selepas tidur seketika dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.. <<<


Apa hukumnya?? :)

::: HUKUM QIYAMULLAIL :::

- Hukum : Wajib ke atas Rasulullah S.A.W. dan para sahabat pada setiap malam.

Dalil wajib : ...قم الليل

Namun, ayat ini kemudian dimansukhkan dengan ayat : .فاقرءوا ما تيسّرمن القرأن

Berdasarkan ayat ini, ayat tersebut menjadikan Qiyamullail hukumnya SUNAT bagi para sahabat dan orang mu'min tetapi, kewajipan tetap ke atas Rasulullah. :)

** Dah tu, nak buat apa bila bangun malam-malam ni?



:::  IBADAT YANG DILAKUKAN SEMASA QIYAMULLAIL :::


Antaranya :

- Solat-solat sunat (Solat Tahajud/Witir/Taubah/Hajat/Istikharah dll)

- Berzikir ( Bertasbih/Bertahmid/Bertakbir/Bertahlil dll)

- Berdoa

- Membaca AQ

- Dan apa saja yang wajar dilakukan atas niat beribadat kerana Allah :)


** Apa kelebihan Qiyamullail ni? :))


::: KELEBIHAN QIYAMULLAIL :::

- Pada waktu malam adalah merupakan waktu yang paling sesuai dan afdhal untuk beribadat! :)

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang mafhumnya: Sebaik-baik solat(sunat) selepas solat fardhu ialah solat yang dilakukan di malam harinya.
متفق عليه 
- Waktu yang paling hampir dengan Allah.

:: Istimewanya Qiyamullail adalah kerana waktu melakukannya itu adalah sangat hampir dengan Allah S.W.T..

Daripada 'Amru Bin 'Absah bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Masa yang paling hampir antara hamba dengan Tuhannya ialah pada akhir malam. Jika kamu mampu untuk menjadi golongan orang yang mengingati Allah maka lakukanlah Qiyamullail.
 (رواه الترمذي والنسائي والحاكم)

- Iman akan bertambah kuat dan mantap!

:: Mereka yang beristiqamah dalam mengerjakan Qiyamullail ini akan dapat merasakan nikmat kekuatan iman untuk terus melakukan amal kebaikan seterusnya sebagai benteng dari melakukan dosa dan maksiat.


- Hati menjadi tenang dan dapat merasakan Halawatul eeman/ Kemanisan Iman !

Istimewanya lagi Qiyamullail ini adalah hati akan menjadi tenang dan mereka sentiasa merasakan kerinduan waktu malam untuk sujud di hadapan Allah untuk mencari ketenangan.

Firman Allah S.W.T. :


ألا بذكر الله تطمئن القلوب

(الرعد, ١٣  : ٢٨)

Maksudnya : Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang


** Macam mana nak praktik? Dah tidur mati, tak terjaga pun malam-malam.


::: TIPS-TIPS BANGUN MALAM :::

Sebelum tu, nak bagitau, tips ni dari ana dan belum tentu tips ini boleh diikuti sahabat, sekiranya sahabat ada cara tersendiri dan ia menjadi, teruskanlah! :)

Tips 1: Try tidur awal (dalam pukul 10 malam)

- Badan kita perlukan rehat secukupnya, biasanya 5-6jam semalam. Jadi, sekiranya kita tidur pada pukul 10 malam, kita akan terjaga dengan sendirinya, InsyaAllah pada tengah malam, lebih kurang pada pukul 3/4pagi! Iya! Tak caya? Cubalah dulu. :)

Tips 2: Try mintak tolong sahabat rapat untuk kejutkan pada pukul 3/4pagi/pada awal-awal pagi. :)

- Pengalaman ana ketika meminta sahabat kejutkan ana dengan cara hantar SMS banyak-banyak dan miss call.(Selagi ana tak balas, selagi tu lah dia kena hantar dan miss call ana) Hehe. Mula-mula tu, memang tak berhasil, sebab dah terbiasa tidur nyenyak. :) Lama-lama, alhamdulillah, dah berhasil. ^^

Tips 3: Try minta tolong ibu/bapa kejutkan.

- Sebelum tidur, minta tolong pada ibu/ayah supaya kejutkan anda! Mudah-mudahan berhasil.
Cara ini lagi best, sebab banyak perkara yang tak terjangka yang akan mereka lakukan. Hehehe. ^^

Tips 4: Try sebelum tidur lakukan seperti di bawah ini :

- Basuh muka dan kaki
- Ambil wudhuk
- Baca 4Qul
- Baca Ayat Qursi
- Baca/ Ucap 2 kalimah syahadah
- *** Tepuk bantal di mana tempat kita letakkan kepala dan niat untuk bangun pada waktu sekian-sekian

Okeh, nampaknya setakat ini saja dululah perkara yang dapat ana share mengenai Qiyamullail. Sekiranya ada penambahan ilmu, boleh share, atau sekiranya terdapat kesalahan info, suka untuk ana meminta agar sahabat membetulkannya. :)

Apa-apa pun,



SEMOGA BERJAYA!! ^^





Sunday, November 20, 2011

.S.Y.U.K.U.R.

Assalamualaikum wbt..
Dah lama tak sentuh keyboard untuk memenuhi entri di blog ni.. :)
Alhamdulillah, hari ini dapat juga ana mencelah ruang-ruang untuk menghadap laptop pinjam ni .. ;)

Berbalik pada tajuk besar tadi, ana ada satu cerita yang mana membuatkan ana terasa amat malu. Malu pada diri , dan lebih -lebih lagi malu pada Allah, Sang Pencipta seluruh makhluk di muka Bumi ini.
Hmm.. Pasal bersyukur ni, senang untuk kita sebut namun amat sukar sekali untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-harian. Jujur, terkadang ana ada terfikir dan mempersoal itu ini , mengapa aku tak kaya , mengapa aku tak cantik..... Dan sebagainya..(Contoh)

Sedangkan sebenarnya, apa yang kita dapat, apa yang Allah anugerah pada hambaNya, pasti bersebab. Dan yang paling penting, apa yang kita miliki itu, adalah yang amat sesuai dengan kita. Cuma kita aje yang terlebih pandai nak mengatur itu ini segala macam. Kita fikir dan persoal macam tu, seolah -olah macam kita perintah Allah dan seolah-olah Allah tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Perasan tak? Ada tak fikir macam tu? ;)

Sedang ana berjalan-jalan di pusat membeli belah pada Jumaat lalu, ana terserempak dengan seorang Mak Cik yang berjalan terbongkok-bongkok. Berjalan sambil bergantung pada rak-rak makanan. Mak Cik ini sahabat Ibu Saudara ana. Ibu Saudara ana berbual dan ana melihat sekilas pandang pada Mak Cik itu. Saat ana melihatnya, ana terperasan ada satu kelainan pada diri beliau. Lazimnya, semua kaum Hawa mempunyai dua payu dara, namun malang bagi Mak Cik itu, dia hanya ada sebelah! Ya, sebelah! Baru pertama kali ana berjumpa dengan orang yang sebegitu. Sungguh menyayat hati apabila beliau berkata beliau amat sakit sekiranya tidak melakukan pembedahan membuang sebahagian aset penting bagi seorang yang bergelar W.A.N.I.T.A. Semoga dengan buangnya payu dara sebelah kiri beliau dapat hidup dengan tenang. Allahumma Amin.


********************************************************************************

Lagi satu kisah mengenai S.Y.U.K.U.R.

Kisah ini berkisar tentang seorang anak angkat jiran ana, Anas namanya.

Baru berusia lebih kurang 9 tahun, matanya sudah tak dapat berfungsi dengan baik seperti sahabat seusianya. Seawal usia itu, beliau sudah memerlukan bantuan cermin mata. Ya, cermin mata dengan power 800 pada kedua-dua belah matanya. Masya-Allah. Beliau amat bergantung harap pada cermin mata. Namun, jika sekiranya beliau memakai cermin mata, beliau tetap tak berapa jelas pandangannya. Amat kasihan. Moga Allah sentiasa melindungi Anas. Allahumma Amin.

Mengenai kisah Anas ini, ana teringat kisah ana zaman dahulu kala.

Betapa ana suka sangat melihat orang lain memakai cermin mata, ana menggunakan skarf kepala dan pakai ala-ala cermin mata. **Uisyh.. Terlampau suka melihat orang bercermin mata , beginilah jadinya. Tapi, bila masuk Tingkatan 3, ana terasa benar-benar kabur pemandangan ana. Ana cuba memberitahu pada keluarga yang ana memerlukan cermin mata, namun mereka seolah-olah fikir bahawa ana cuma ingin bermain-main. **Tu la.. Dulu, siapa suruh terlalu taksub sangat dengan cermin mata. Kan semua tak berapa percaya. ;)

Sejak ana bercermin mata pada 3hb 3 2008, ana jadi rimas. Rimas kerana perlu bergantung pada cermin mata. **Dulu, nak sangat. Huhu.. Ana ingat sewaktu perasmian pembukaan Stadium Kebanggaan Negeri Terengganu , ana lupa nak pakai cermin mata. Padahnya, ana terpaksa berkongsi cermin mata dengan kakak ana, **Nasib baik power kami lebih kurang. Tapi, maklum sahajalah, macam mana kepuasan menonton acara di sana dengan pemandangan yang kabur tambahan pula pada waktu malam. [o.o']

Stadium Kebanggaan Negeri Terengganu Suatu Ketika Dahulu


******************************************************************************

Lagi satu kisah mengenai S.Y.U.K.U.R. ;)

::: Pada suatu hari , sewaktu kami sekeluarga ketiadaan ayam untuk dijadikan lauk *(ayam kegemaran ana ;D), ana seakan-akan tidak mahu makan dan ikat perut daripada makan lauk ikan. Tetiba, Mak memanggil ana dan menyuruh ana lihat pada jiran Kemboja ana. Makan nasi berlaukkan air garam. Masya-Allah! Betapa ada orang yang lebih susah pada diri ini. Saat itu juga, timbul rasa bersyukur pada apa yang ada terhidang di dapur kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The moral of this entry is.....

Belajarlah untuk bersyukur.
Semoga menjadi ingatan untuk kita semua.

Usah memandang dan membanding-banding diri kita dengan orang yang berada di atas pada kita.
Pandang pada orang di atas pada kita akan membuatkan diri semakin merendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.
Jadi ,

Pandanglah orang yang di bawah kita supaya kita mampu melahirkan rasa syukur dalam diri. ^^


Mari kita bersama-sama bersyukur dengan apa yang kita miliki. ;)

Monday, November 7, 2011

Qurban




Assalamualaikum wbt.. Kali ini insya-Allah, ana berkesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai ibadah Qurban. Walaupun entri ini terlambat menyentuh berkaitan qurban, namun diharap mendapat manfaat dan ilmu baru sedikit sebanyak. =)


DEFINISI QURBAN :)

:::: Qurban ialah penyembelihan binatang al-an'am (الأنعام) yang dilakukan pada hari kesepuluh Zulhijjah (ذو الحجة) sehingga akhir Hari Tasyrik. Ia dilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.


HUKUM QURBAN :)

:::: Sunat Muakkad (مؤكّد) ------------> Bagi orang yang berkemampuan

:::::: Bagi Rasulullah s.a.w. ,Wajib melakukan penyembelihan binatang al-an'am (الأنعام)

p/s : Bagi sesebuah keluarga, sudah memadai jika sekiranya hanya seorang sahaja mewakili Qurban ini, terutama pada ketua keluarga. Hal ini kerana ianya jatuh pada hukum Sunat Kifayah (كفاية).

::::: Namun, ianya menjadi Wajib apabila seseorang itu bernazar hendak melakukannya.
-----------> Contoh lafaz :)
" Lembu itu untuk Allah. "
" Kambing itu untuk Qurban. "


Firman Allah s.w.t. :)

فصلّ لربّك وانْحرْ
" Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah keranaNya. "
(Surah Al-Kauthar, 108:2)


SEJARAH DISYARIATKAN QURBAN :)

::: Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Menurut sejarah, Nabi Ibrahim a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya, Nabi Ismail untuk menguji ketaatan dan kesetiaan baginda kepada Allah s.w.t.. Berkat ketabahan dan kesabaran mereka berdua, Allah s.w.t telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibasy untuk dijadikan Qurban.


RUKUN DAN SYARAT QURBAN :)

Rukun :

::: Binatang Qurban
::: Masa Qurban
::: Orang yangdituntut membuat Qurban

Syarat :

::: Binatang Al-An'am
::: Tidak mempunyai cacat yang buruk.

::::: Bermula pada Hari Raya Qurban selepas sembahyang Hari Raya dan pada Hari-hari Tasyrik.

:::::::: Islam
:::::::: Merdeka
:::::::: Akal dan baligh
:::::::: Bermukim
:::::::: Berkemampuan

PELAKSANAAN QURBAN :)

Binatang yang boleh dibuat Qurban :

- Unta -----> 6tahun ( seramai 7 orang )
- Lembu/kerbau -------> 3tahun (seramai 7 orang)
- Kambing/kibasyh ------> 3 tahun (seramai 1 orang)
- Biri-biri ----------------> 2tahun/setelah berganti gigi setelah berumur 6bulan (seramai 1orang)

p/s: Binatang yang hendak diqurbankan itu hendaklah BEBAS dari sebarang penyakit dan cacat buruknya yang boleh mengurangkan isi dagingnya.

Orang yang melakukan Qurban hendaklah berNIAT ketika menyembelih/mewakilinya kepada orang lain.
Orang yang melakukan Qurban, diSUNATkan untuk hadir menyaksikan acara tersebut.


SUNAT-SUNAT QURBAN :)

::: Hendaklah menyembelih sendiri binatang qurban, jika dia mampu
::: Menghadap Qiblat
::: Alat penyembelihan hendaklah TAJAM.
::: Membaca basmalah.

HIKMAH QURBAN :)

- Hayati pengorbanan dalam peristiwa dan semangat berqurban yang berlaku pada Nabi Ibrahim dan anaknya.
- Dapat membantu mengeratkan silaturrahmi antara mereka.
- Memupuk rasa kasih sayang, sifat ikhlas, taqwa ,sedia berqurban lillahi ta'ala.
- Rapatkan jurang antara orang Islam yang berada dan miskin.


PENGAGIHAN DAGING :)

- Dibahagi pada :
:: Fakir
:: Miskin
:: Kaum kerabat

p/s: Orang melakukan qurban SUNAT memakan daging qurban itu.

فكلوا اْ منها وأطعموا البائس الفقير
" Maka makanlah sebahagian darinya dan beri makanlah(bahagian lain) pada orang lain yang sengsara ,yang fakir dan miskin. "
(Surah Al-Hajj 22:28)

p/s: Orang fakir dan miskin boleh memakn/menyimpan/menjualnya kerana daging itu telah menjadi haknya.
Orang yang kaya, hanya boleh makan sahaja tanpa ada hak untuk menjual.

P/S : TIDAK BOLEH agih daging qurban pada  orang KAFIR.

Wallahu a'lam ^_____^

Friday, November 4, 2011

Satu klik sahaja, hampir terbang persahabatan…


Sangat moden dunia sekarang, tidak perlu buat temu janji atau sibuk-sibuk susun masa untuk borak-borak dengan rakan-rakan.
Dah banyak laman sosial,…
nak mesej? Pergi kat chatting ..
nak dengar-dengar suara? Pergi dekat call..
atau nak face to face? Pergi dekat video call..
Semua bergantung pada kita.. kemana kita mahu jelajah.. ingin jadi pembinasa atau Pembina.. ingin meningkatkan diri atau menjunamkan diri..

sangat sukar membina sesuatu persahabatan.. tapi terfikirkah kita.. persahabatan yang sukar dibina itu boleh hancur dalam sekelip mata sahaja, tiada warning , tidak dialukan..
malah satu klik sahaja dah cukup menghancurkan hati seseorang sahabat…

memang niat baik , hantar mesej untuk menghiburkan hati seseorang..
tapi terfikirkah mesej tersebut dapat diterimanya dengan hati yang terbuka..
mungkin mesej kita itu mengandungi ayat-ayat yang melampaui batas …

fikir-fikirkanlah sebelum men send , bercakap, bergurau sesuatu…
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)


Marilah menghayati suatu kisah :

Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.
Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.
Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir: “Heii……siapa ini?? lepaskan aku!!!”, Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.
Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini??”
Zahir: “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka”
Rasulullah: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas RA)
Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Subhanallah.. selawat keatas junjungan rasulullah...tidak semua perkara yang kita lakukan indah dimata orang,
dan barangkali sesuatu yang kita benci ia disukai orang,
walaupun buruk dimata orang, lakukanlah... jika ianya indah..
disisi Allah...
Renungilah demi iman…
Muhammad luqman©copyright-nov-2011**

Sunday, October 30, 2011

Sahabatku, anggaplah ia adalah BONUS..



Sahabat, pernahkah anda ditimpa musibah secara tiba-tiba?

Bila sahaja terjatuh (antara musibah yang biasa dilalui) , terlanggar tiang, atau apa sahaja yang menimpa anda menyebabkan anda malu .. pasti anda akan alami sindrom “bad mood” sepanjang hari..

Pasti anda akan kehilangan selera makan.. tidur pun tak senang.. sentiasa memikirkan perkara pahit yang menimpa.. sehinggakan perkara yang lebih penting terabai..

Sesungguhnya wahai sahabatku.. jika anda mengalihkan pandangan anda dari setiap musibah yang anda terima itu kepada satu bonus (pahala free) daripada Allah.. inshaallah.. anda akan rasai nikman halawatul iman, anda tidak lagi susah hati apabila menerima musibah.. bahkan.. jika kita memahami maksud musibah yang sebenarnya.. datang lah musibah sebesar mana kepada diri kita, inshaallah.. tak mustahil kita mengucapkan syukur Alhamdulillah, dan masih lagi mampu tersenyum..


Ingatkah wahai sahabatku.. Allah mengenakan musibah dengan bersebab.. dan ia tidaklah berlaku dengan sia-sia, sama ada allah ingin memberikan kita peringatan, atau allah ingin menguji iman kita..
Marilah menghayati sepotong kisah dari srikandi yang tidak asing dan tersangatlah kuat iman beliau ini.:


*…Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."…*


Wahai sahabatku, allah tidak akan menurunkan ujian yany kita sendiri tidak mampu hadapinya.. bersyukur lah dengan nikmat yang ada, sesungguhnya , allah maha pemurah lagi maha bijaksana......



Renungilah demi iman…
Muhammad luqman©copyright-oct-2011

Thursday, October 27, 2011

Hati/Qolbu ~

Assalamualaikum.. . 


Hari ni, insya-Allah ana akan mengisi entri ni yang berkisar tentang hati..






Hati? Apa itu hati??


Hadis Baginda s.a.w. :


" Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging , apabila daging itu baik , maka baiklah seluruh anggota dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah , itulah hati. "
(HR. Bukhori)





Hah! Tengok, betapa besarnya peranan qalbu ni, padahal saiznya kecil saje..
Maka, sesiapa yang mempunyai akhlak yang baik, nescaya hatinya itu baik..
Begitu juga sebaliknya, sekiranya si fulan itu mempunyai akhlak yang buruk, nescaya hatinya juga turut sama buruk.. 


Kita yang mana ya . . .?
Hmmmm.... 
Muhasabah diri jap... 






Lagi hadis Rasulullah s.a.w. :


" Daripada Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula . Katanya dengan banyak mengingati mati, dan membaca Al-Quran. "


Ayuh! Jangan biarkan hati kita berkarat..
Takut tetiba akan rapuh..
Rapuh untuk melihat dan mengenal erti taubat..

ونعوذ بالله



******************************************************************************




" Dah banyak cakap pasal hati ni, tau ke kat mana hati tu? "


Di mana letaknya hati?
Firman Allah :



أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)


Ayat ini secara terangan memberitahu :

** Akal terletak di Hati , bukan di Kepala
** Hati terletak di dalam Dada


*******************************************************************************

Hmmm. . . 

Kita juga seringkali terdengar perkataan hati ni meniti di bibir-bibir manusia bahkan ungkapan dari kita sendiri, antaranya :
" Ikut Hati Mati, Ikut Nafsu Lesu "
" Keras Hati "
" Hati Batu "
" Buah Hati " 
Dan banyak lagi kata-kata/perumpamaan/peribahasa yang guna perkataan " HATI "


*******************************************************************************

Qisoh Qosiroh :

" Kak.. .. Urm,, Tadi kan kat sekolah , ada sorang mamat ni nak try usha adik laa akak. .. Macam mana erk? Hurmmm. . . Adik pun macam ada hati kat dia. . .Handsome orangnya. . .Bla. . .Bla. .. Bla. . . "

" Amboi, adik akak dah pandai semua-semua ni.. ..
Normal laa tu. ..
Tapikan dik. . . Akak nak nasihat sikit ya. . .

Jagalah hati adik tu. . .Jangan mudah bagi hati tu pada orang. . . Belum tiba masanya untuk kita terutamanya adik ni nak bercintan-cintun.. .Ya! Memang punya perasaan pada kaum adam bagi kaum hawa dan perasaan pada kaum hawa bagi kaum adam tu adala kehidupan manusia. . . Fitrah nak berpasangan. . Fitrah benda yang bernyawa. .. Akak tak nafikan dik.. .Sedangkan dalam AQ pun ada disebut tentang hidup berpasang-pasangan... . Tapi, sabarlah dik. . . Tunggu sikit aje lagi. . . Kawal hawa nafsu kita . . . Kita hidup ni biarlah berlandaskan iman dan fikiran yang waras, dan bukannya letakkan pertimbangan hawa nafsu di hadapan segala sesuatu. . . Sama-sama kita muhasabah diri. . . Yakini diri bahawa telah ditetapkan untuk setiap makhluk di alam semesta ni , pasangan masing-masing. .. Namanya juga telah tercatat di Lauhul Mahfuz. . . Cuma, sejauh mana baiknya itu , tengok pada diri kita... Kalau kita baik ,macam tu lah pasangan kita... Dan begitu jugak sebaliknya. .. Berdoa dan berakhlak mulia , mudah-mudahan dapat pasangan yang baik-baik.. Handsome tu bukan dinilai pada raut wajahnya...Tapi, akhlaknya.. .."

 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ 
p/s ::::

Tazkirah untuk kaum hawa khususnya. . .
Juga pada diri ana. ..
Bagi saudara muslimin, nasihati dan sentiasa perhati tingkah laku adik-adik perempuan / kakak dan orang sekeliling. .. 
Semoga mendapat manfaat di akhirat kelak. .. 


اللهم آمين






*************************************************************************

So, akhirul kalam....

HATI-HATI MENJAGA HATI


 Wallahu a'lam.. .


^______^



Wednesday, October 26, 2011

Jenis Manusia Part 2

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, hari ni , ana ada sedikit kelapangan waktu untuk menyambung entri sebelum ni... ^_____^

Hurmmm,, dah 2 jenis manusia ana kongsi pada entri sebelumnya..
Kali ini, ana akan kongsi 2 lagi...


:::: Golongan ke-3 adalah orang yang mempunyai hati namun tidak mempunyai lidah.
:::::: Dia adalah orang yang beriman 
::::::: Allah telah melindungi mereka daripada makhluk lain
:::::: Menggantungkan di sekelilingnya dengan takbirNya
::::::: Memberi mereka kesedaran tentang kekurangan diri mereka
:::::: Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul.
------> Mereka tahu bahawa keselamatan terletak dalam diam dan berkhalwat.
Sabda Baginda S.A.W. :
" Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri daripaada 10 bahagian , 9 daripadanya terletak dalam diam. "

** Mereka dalam golongan ini ialah Wali Allah dalam rahsiaNya.
** Mreka dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, diberkati dengan keredhaan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
** Kita disarankan untuk berkawan dan memberi pertolongan kepada golongan ini.
 ** Allah akan mengasihi dan akan dipilih masuk ke dalam golongan in. Subhanallah !!

:::: Golongan seterusnya ialah , mereka yang diajak ke dunia tidak nampak (alam ghaib) , diberi pakaian kemuliaan
" Sesiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkannya kepada orang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan di muliakan . "

::::::: Mereka mempunyai ilmu-ilmu ketuhanan dan tanda-tanda Allah.
::::::: Hati mereka jadi gedung ilmu Allah yang amat berharga
::::::: Akan diberi oleh Allah rahsia yang tidak diberi orang lain

*** Allah telah memilih orang yang sering dekat / dampingNya.
*** Allah akan membimbing mereka

Oleh itu, jadilah kita orang yang menuruti suruhan orang-orang seperti ini.

Wallahu a'lam..


^ Bersama Mendidik Sahsiah dan Memajukan Pentadbiran Islam ^

Saturday, October 22, 2011

...Jom kita berlumba untuk ONLINE 24 jam..













Jika orang lain berlumba-lumba untuk mencari dunia,biarlah kita berlumba-lumba mncari akhirat.
Jika orang lain ONLINE tengah2 malam untuk mengharapkan perhatian manusia ,biarlah kita ONLINE tengah2 malam demi mencuri pandangan Allah tanpa mengharapkan pandangan orang lain...jika menulis tentang ini,saya teringat satu kisah sewaktu Muhamad bin Al-Munkadir masih hidup..

Al-kisahnya,


Ketika Muhamad bin Al-Munkadir menuju ke mimbar Rasulullah di masjid  Nabawi, untuk menunaikan solat dan berdoa di tengah malam,tiba Muhamad bin Al-Munkadir ternampak seorang lelaki di sebalik tiang sambil menundukkan kepala,sejurus lelaki tersebut habis solat,dia terus berdoa pada Allah,untuk turunkan hujan di negerinya yang kemarau.Tidak lama selepas itu,mendung pun datang lalu hujan lebat membasahi bumi.


Kejadian ini di sedari oleh Muhamad bin Al-Munkadir yang dari tadi asyik memerhati lelaki yang dia tidak kenali kerana dia belum pernah melihat wajah lelaki tersebut di masjid Nabawi sebelum ini.kerana perasaan ingin tahu yang menebal,jadi dia mengambil keputusan untuk mengikuti lelaki misteri tersebut sehingga sampai ke runmah lelaki itu.


Keesokkannya,Muhamad bin Al-Munkadir pergi semula ke rumah lelaki tersebut lalu menemuinya.Muhamad bin Al-Munkadir terus menceritakan apa yang dia lihat dan dengar tentang semalam. Air muka lelaki tersebut terus berubah,dan amat marah dengan kata-kata Muhamad bin Al-Munkadir, lalu lelaki itu berkata pada Muhamad bin Al-Munkadir "janganlah kamu ceritakan pada seorang pun tentang apa yang kamu sudah lihat malam tadi sehingga aku mati,Dan janganlah kamu menemui aku lagi wahai Muhamad bin Al-Munkadir,"


Sejak dari peristiwa itu,Muhamad bin Al-Munkadir sudah tidak menemui lelaki tersebut,Muhamad bin Al-Munkadir cuba mencari lelaki tersebut di rumah,namun hanyalah hampa yang singgah. ternyata lelaki tersebut sudah meniggalkan rumahnya dan bersembunyi...


"Sebagus-bagus amal, adalah apabila tidak diketahui oleh orang lain. Bahkan tidak diketahui oleh dirinya sendiri.Termasuk makhluk lain."
(Ibnu Qayyim:Al-Fawa'id)


Allahurabbi...sampai macam tu sekali lelaki tersebut menjaga ibadahnya pada Allah,sangat-sangat takut jika orang mengetahui dia sentiasa ONLINE dengan Allah.



tangisnya seseorang di hadapan Ar Rahman di malam yang kelam,
tidakkan terhenti air matanya dari membasahi pipi,
sehingga air mata itu membasahi tempat sujudnya ,
bagi menyatakan rindu pada Ar Rahim.
Yaa Shakur ,Yaa Ghafur
air matanya terus membasahi pipi..




"SOLAT YANG PALING UTAMA SESUDAH SOLAT FARDU, ADALAH SOLAT MALAM(QIAMULLAIL)......."
(HR. IMAM MUSLIM)


(by: afaf dhamirah)

Thursday, October 20, 2011

Jenis Manusia

Assalamualaikum wbt.. Kali ni insya-Allah ana akan berkongsi pula tentang jenis-jenis manusia. Manusia ni macam-macam ragamnya.
Hmm... Nampaknya, kalau ada 10 orang manusia, 10 ragamlah jawabnya,

Ada 4 jenis manusia seperti yang ditulis dalam kitab Futuhul Ghaib ..
Tapi, untuk kali ni, ana akan kongsi 2 dahulu..
Lagi 2 tu, tunggu entri ana seterusnya ya? Hehe....
Ni bukan bermakna ana ni kedekut tau..Hihi..
Cuma macam takde masa yang banyak untuk mengadap laptop..
(Bersabar itu separuh daripada iman)
Jadi, bersabar ye... Sabar itu indah.. ;)

Dalam kitab Futuhul Ghaib karya Syeikh Abdul Qodir Jaelani, ada disebutkan bahawa seluruh manusia dapat dibahagikan kepada 4 jenis :

::: Mereka yang tidak mempunyai lidah dan hati.
-------> Mereka ini adalah orang yang bertaraf biasa, bertolak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
-------> Mereka diibaratkan sebagai penyakit yang ringan , kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka agar patuh padaNya.

p/s : semoga kita tak tergolong dalam golongan ni. Insya-Allah.

Mereka ni yang Allah murka! Penghuni neraka pun !
Sebaliknya, kita perlu mencuba agar jadikan diri kita sebagai orang yang dilengkapi dengan :

:::: Ilmu Ketuhanan
:::: Guru bagi perkara-perkara baik
:::: Pembimbing bagi agama Allah
:::: Penyampai dan pengajak manusia ke jalan Allah

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya patuh pada Allah.
Jika kamu berjuang di jalan Allah,, maka kamu akan menjadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah.
Kamu akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi dan Rasul-rasul.


::: Manusia yang punya lidah tapi tak punya hati.
-------> Mereka pandai bercakap tapi tak laksanakan seperti yang diucapkan.
" Cakap Tak Serupa Bikin ! "
-------> Mereka ajak manusia menuju jalan Allah , tapi mereka sendiri lari dari jalan Allah.
-------> Mereka benci pada maksiat yang dilaksanakan orang lain, tapi mereka sendri bergelumang dalam maksiat
-------> Mereka menggesa orang laing supaya soleh ,tapi mereka lakukan dosa-dosa besar.
-------> Bila mereka bersendirian , mereka bertindak sebagai harimau yang berpakaian.


p/s: Inilah yang dikatakan kepada Nabi S.A.W. dengan sabda :
"  Yang paling saya takuti dan saya pun takut dalam kalangan umatku ialah orang alim yang jahat. "

Kita berlindung dengan Allah daripada golongan ini.
Jauhkan diri daripada orang-orang seperti ini.
Kerana kelak kamu mungkin akan terpengaruh dengan kata-kata manis mereka.



~~ To be continue ~~ 


p/s: Ingat tau, datang lagi ye kalau nak tau 2 lagi jenis manusia.. ^_~


^_____^

Golongan Orang Yang Paling Menyesal Pada Hari Kiamat Kelak





(1) orang yang memiliki budak ketika di dunia, ternyata pada hari kiamat budak tersebut memiliki prestasi amal yang lebih baik darinya,

(2) orang yang mempunyai harta tetapi tidak mau bersedekah dengannya sampai ia meninggal dunia, kemudian harta tersebut diwarisi oleh orang yang memanfaatkan harta tersebut untuk bersedekah di jalan Allah,

(3) orang yang mempunyai ilmu tetapi ia tidak mau mengambil manfaat dari ilmunya, lalu ilmu tersebut diketahui oleh orang lain yang mampu mengambil manfaat darinya.”


(Sufyan bin ‘Uyainah)



::: Kita perlu bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah , bukan hanya menyuruh/menasihati orang semata.

::: Keluarlah sedikit daipada harta-harta kita, agar diberkati Allah. Seburuk-buruk manusia adalah manusia yang bakhil.

::: Sampaikan ilmu yang ada dalam dada-dada mu, jangan dipendam /dirahsiakan. Ilmu takkan berkurang tiap kali ni kita menyampaikan/kongsi ilmu tu, malah akan membuatkan daya ingatan kita semakin kuat.
Sebarkan walau satu ayat!



*** Khulasohnya, marilah kita sama-sama melakukan kebaikan, menderma/bersedekah/menghibah(menghadiah) , menyampaikan ilmu-ilmu yang ada dan lain-lain amalan mahmudah.. insya-Allah. ^__^





^ Bersama Mendidik Sahsiah dan Memajukan Pentadbiran Islam. ^

Bersugi Meraih Redha Ilahi



"Bersugilah kamu, sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari Allah S.W.T.. "


Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni , insyaAllah ana akan berkongsi serba sedikit berkait sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Ianya mengenai bersugi.
Apa itu bersugi? Bersugi kalau zaman sekarang orang dah jarang atau langsung tak guna perkataan tu. Bersugi sama makna dengan menggosok gigi, namun alatannya sahaja yang membezakannya. Namun begitu, pada zaman Rasulullah, Baginda menggunakan kayu sugi. Bersugi amat dituntut dalam bukan sahaja agama Islam, bahkan setiap agama menggalakkan supaya bersugi..

Sabda Rasulullah S.A.W. :
" Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang. "
Baginda amat menitikberatkan mengenai hal ini. Bahkan dalam sebuah hadis Baginda yang berbunyi :
" Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. "
Dan dalam sebuah hadis yang lain pula :
" Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah, 
  1. membersihkan mulut
  2. menjadi asbab keredhaan Allah S.W.T..
  3. menjadi asbab kemarahan syaitan
  4. Allah dan para Malaikat mengasihi orang yang bersugi
  5. menguatkan gusi
  6. menghilangkan gelema
  7. mewangikan mulut
  8. menghapuskan safra' ( sejenis penyakit )
  9. menguatkan pandangan mata
  10. menghilangkan bau busuk mulut
Bila masanya yang sesuai / afdhal untuk bersugi ?
Antara waktu yang disarankan bersugi ialah tatkala :
  • sebelum tidur
  • sebelum solat (amat digalakkan)
  • sebelum dan selepas makan
  • semasa bermusafir
  • semasa membaca Al-Quran
  • mulut berbau
  • zikrullah
  • sebelum menghadiri sesuatu majlis/ perjumpaan
Seperti mana sunnah-sunnah Nabi yang lainnya, bersugi turut ada adab-adabnya, antaranya :
  1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan meraih redha Ilahi
  2. membaca basmalah beserta selawat
  3. membasuh berus gigi/ kayu sugi qobla wa ba'dab
Antara larangan ketika bersugi ialah :
  • jangan baring
  • jangan bersugi / menyimpan kayu sugi/berus gigi di dalam tandas

;) Islam itu mudah, dan tak pernah membebankan pengikutnya. Islam amat menyeluruh sifatnya. Jadi, nampaknya setakat ini sahaja info ana pada kali ini yang mampu dikongsi.
Sekiranya ada pertambahan / apa sahaja kemusykilan , bolehlah bertanya. Insya-Allah, ana/sahabat-sahabat blogger ana akan menjawab.

Sekian, wallahu a'lam.

^ Bersama Mendidik Sahsiah dan Memajukan Pentadbiran Islam. ^




Tuesday, October 18, 2011

KISAH UMAR ABDUL AZIZ


Pasti setiap orang tahu siapa dia umar bin abdul aziz ra. Selepas empat orang khulafa’ ar-syidin itu, dialah khalifah yang terkemuka. Isterinya pernah berkata , “mungkin ada orang lain yang lebih mengutkuamakan whudu’ dan solat tetapi aku tidak pernah melihat orang lebih takut allah swt lebih daripada suamiku. Selepas solat isya’ tiap-tiap hari dia akan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya bersolat dan akan berdoa mengangkat tangannya serta menangis di hadapan alah swt hingga rasa mengantuk menewaskannya. Apabila dia sedar di tengah-tengah malam dia akan mula bersolat serta menangis di hadapan allah swt.”



Diceritakan bahawa sejak beliau menjadi khalifah beliau tidak pebah tidur dengan isterinya. Isterinya ialah anak perempuan raja abdul malik . ayahnya memberikan kepadanya intan permata sebagai maskahwin termasuklah sebutir intan yang indah. Kata umar abdul aziz ra kepada isterinya , “sama ada kamu berpisah dengan segala intan permata itu kerana allah supaya aku simpankannya kedalam baitulmal, ataupun kamu bercerai denganku. Aku tidak suka tinggal di dalam sebuah rumah dimana terdapat begitu banyak kekayaan.”


Isterinya menjawab, “aku rela berpisah dengan kekayaan beribu-ribu kali banyaknya tetapi aku tidak sanggup bercerai daripadamu.”


Akhirnya segala intan permata yang ada padanya itu disimpan di dalam baitulmal.


*selepas umar bin abdul aziz meninggal dunia , yazid bin abdul malik menjadi khalifah . yazid berkata kepada kakaknya , “kalau engkau mahu engkau boleh ambil kembali intan permata milikmu di baitulmal.” Kakaknya menjawab, “mana boleh kekayaan yang ku campakkan semasa hayat suamiku dapat memuaskan hatiku selepas kematiannya?”

Ketika umar bin abdul aziz sedang berada di atas pembaringan menanti ajal, beliau bertanya kepada orang yang berada di sekelilingnya tentang sebab penyakitnya. Berkata salah seorang daripada mereka, “pada fikiran kami , ini adalah kesan guna-guna.”


Beliau berkata, “tidak, ini bukan guna-guna.” Kemudian beliau memanggil hambanya lalu bertanya , “apakah yang menyebabkan engkau meracuniku?”


Hamba itu menjawab, ‘100 dinar dan janji kebebasan.”


Umar bin abdul aziz ra mengambil 100 dinar itu daripada hambanya serta menyimpannya kedalam baitulmal serta menasihatinya supaya lari ke suatu tempat yang jauh dimana dia tidak akan dapat ditangkap.


Sebelum meniggal dunia, muslimah dating lalu bertanya kepadanya, “tidak ada orang yang melakukan pada anak-anaknya sezalim yang kamu lakukan. Tidak seorangpun daripada anak lelaki kamu yang seramai 13 orang itu mempunyai apa-apa pun bagi menyara hidup masing-masing.”


Beliau bangun dari pembaringannya dan duduk lalu berkata, “aku tidak melarang anak-anakku itu daripada apa yang mereka berhak mendapatnya. Aku memang enggan memberi kepada mereka apa yang sebenarnya hak orang lain. Kalau anak-anakku itu benar , maka allah swt pasti menjadi pelindung mereka sebagaimana firman-Nya di dalam kitab-Nya , “dan dia melindungi orang-orang soleh.” Tetapi kalau mereka itu orang-orang yang berbuat kesalahan maka mengapa patut aku pedulikan?”



Renungan Bersama…


[By] محمد لقمان

Perintah Allah yang diabaikan =.=

Pilih2... yang terbaik ye ? :)






Assalamualaikum wbt ;)




Kalau sebelum ni ana post pasal senangnya wanita2 masuk ke syurga, kali ni ana nak sentuh/kongsi pulak betapa senangnya wanita ( termasuk ana..huhu ) , bakal masuk ke pintu An-Nar...




Haaa... Mungkin sekarang ni, enti tak sabar2 nak tau macam mana tu sampai senang sangat dapat pas masuk ke panggung wayang gelap ..... Agaak aje la... Huhu...




Jom baca kat bawah ni... :)

Semoga dapat kita , kaum hawa sama2 menjauhi perkara2 ni agar tak tergolong dalam golongan ni...

Huuhuu... Yang mungkin terkena tu, enti masih ada kesempatan untuk berhijrah ke jalan yang benar, jalan yang lurus, jalan dimana Allah meredhai setiap langkah dan perbuatan kita....





" Tak Kenal Maka Tak Cinta "





Woww...!! " apesal tetiba aje masuk ungkapan ni erk? "

:) Sesuai dengan ungkapan ni, ada satu perintah Allah yang amat penting, ia dianggap ringan oleh sesetengah umat Islam..

"Kenapa ye? "

Hmmm.... Perintah itu iaitu kemestian wanita dalam memakai tudung/ jilbab/ selendang/ whatever that you mean it ....




" Haaaa?? "

Ya!! Pakai tudung!!

" Perlu ke ?? "

Ya!! Ianya telah termaktub dalam AQ, Kalamullah....

" Bukti? "

Saudari boleh check dalam surah An-Nur ayat 31...


" Katakanlah kepada wanita yang beriman. Dan hendaklah mereka menutupkan iaitu tudungnya ke kepalanya sampai ke dadanya. "
Dalam surah Al-Ahzab ayat 59, mafhumnya :


" Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu , anak-anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mu'min, " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. " Yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. "

Perintah Allah di atas adalah tegas dan jelas , bahawa wajib ke atas kaum hawa menutup kepalanya. Allah berfirman pada permukaan surah An-Nur , mafhumnya :


" Inilah satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan ( menjalankan hukum-hukumnya ), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas , agar kamu ingat. "

Ia menunjukkan bahawa wanita yang tidak memakai tudung telah melakukan satu dosa yang besar, ( kalau dalam rumah yang takde ajnabi tu, lain cerita la ye... huhu) ,ini kerana mereka ingkar kepada hukum syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah.




Perintah Allah diperkukuhkan lagi dengan hadis Baginda S.A.W. ertinya :


" Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang perempuan itu, apabila sudah cukup umur, tidak boleh dilihat seluruh anggota tubuhnya, kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya. "



Dewasa ini, kalau kita berjalan-jalan keliling Malaysia, Indonesia , Singapura dan Brunei , sedikit sekali kaum wanita memakai tudung menutupi seluruh kepalanya.




" Apa ?? Sikit aje? Yang lain tu ?? "

Huuhuu... Yang lain 'free hair' la tu...

Kalau kita masuk kawasan bandar je, huhu... sakit kot mata kita yang melihat kaum kita yang dah awal2 lagi tempah tiket ke sana.. huhu... Mudah-mudahan mereka dapat petunjuk hidayah dari Allah... Amiin...




" Biasa golongan mana yang tutup rambutnya , ikut perintah Allah ??"

Hmmm... Umumnya, hanya anak gadis yang sekolah di pondok..




" Dah tu, sekarang ni, berlambak yang tau agama, tapi terjerumus ke kancah maksiat ...Macam mana tu ?? "

Yang tu , memang kita tak dapat lari dari hakikat bahawa, manusia ni mesti akan melakukan kesilapan. Dan bila ketika mana individu tu buat maksiat, hm.... masa tu si dia hilang sebentar imannya tu..




Kalau begitu gambarannya, banyak sekali wanita yang akan masuk ke neraka. Maksud hadis :


" Saya berdiri di muka pintu Syurga, saya melihat umumnya yang masuk ke syurga itu ialah orang-orang miskin, manakala orang-orang kaya tertahan. Sebahagian daripada mereka telah diperintahkan masuk ke Neraka. Saya berdiri di pintu Neraka, saya melihat kebanyakan yang masuk ke dalamnya ialah wanita. "
MasyaAllah !!

Ramainya kaum wanita yang masuk ke neraka, semata- mata kerana masa hidupnya tidak mau memakai tudung/ jilbab. AllahuRobbi!! Dalam neraka akan mendapat seksaan yang amat berat sekali sebagaimana berikut :





" Wanita akan digantung dengan rambutnya , sampai mendidih otak kepalanya di dalam neraka, ialah wanita-wanita yang memperlihatkan rambutnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. "



" AllahuAkbar ! Dahsyat sesangat seksaannya.. Huhu..Rasa gerun pulak... huhu"

Memang.,, bagi sesiapa yang sudah mengikut perintah Allah, istiqomah la...




Hadis di atas tadi merupakan bahagian akhir hadis Baginda S.A.W. yang cukup panjang. Ia menceritakan berbagai macam seksa neraka yang diperlihatkan Allah sewaktu baginda pergi Mi'raj. Baginda menangis masa menceritakan nasib kaum wanita yang kena seksa dalam neraka akibat tidak mau pakai tudung.




Laaa ni, dah tak ramai yang peduli tentang isu ni.... Amat sedih sekali bila tiada yang endah..Baginda sampai menangisi nasib kaum wanita daripada umatnya.... Mengapa tidak kita menangis dan bertaubat?




" Hishhhh.... Ni kan adat resam zaman-zaman dulu.. Kalau aku pakai tudung zaman sekarang , mesti kawan-kawan aku kata aku ni tak up-to-date..

Malu la aku weiii....!!! "

Saudari...... kita tak perlu berfikiran macam tu sebab semuanya dah ada dalam AQ dan AS....


" La syarikallahu wabizalika umirtu wa annaa minal muslimin. "
[ Tiada sekutu bagi Engkau dan aku mengaku seorang muslimah. ]




Lafaz ni , macam ikrar/ sumpah..




Kalau dalam mahkamah , wanita memberi keterangan palsu berat hukumannya, apatah lagi apabila bersumpah pada Allah, tapi tak laksana.......pasti berat hukumannya!!




" Alaa... takpe je... Tutup kepala ni kan doasa kecik aje....

Boleh je nak tampung dalam solat, puasa , zakat dan haji yang aku dah buat "

Salah tu...... Kaum wanita yang tak pakai tudung bukan dosa besar aje.... tapi telah terhapus segala pahala amal ibadah...

" Gulppp !! Er... Er..... "

Ukhti..... dalam firman Allah, surah Al- Maidah ayat 5 bahagian terakhir , mafhumnya:


" Sesiapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman , maka hapuslah pahala amalnya bahkan di akhirat kelak,ia termasuk orang-orang yang merugi"
" Er...... ( Menangis tersedu-sedu)

Bertaubatlah saudari , dan pilih jalan Allah serta istiqomah......





istiqomah itu penting!


istiqomah itu penting!


istiqomah itu penting!

wallahu a'lam ^_______^

Monday, October 10, 2011

Makam Rasulullah S.A.W di Gali Kaum Salib !!






  1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya " Wafaul Wafa "
  2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya " Talkhisul Ma'alim Daril Hijrah "
  3. Abbasi dalam bukunya " Fi 'Amdatil Akhbar "
semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari "Raudhah " di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..

Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.


Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da'wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..


so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.

ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :


" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! "
(Surah Al-Ahzab : 21)

Wallahu a'lam.


^ Bersama Mendidik Sahsiah dan Memajukan Pentadbiran Islam. ^

Friday, October 7, 2011

Laungan mahukan hudud bergema di stadium

" Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudu dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak. "
" Tuan guru Abdul Hadi berkata, rakyat Kelantan memilih PAS sejak 1990 sehingga sekarang kerana mereka yakin kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap amanah Allah. "


Allahu Akbar !!


Betapa ramainya umat Islam yang membanjiri Stadium Mohammad Ke IV


" Biar pun malam sebelumnya hujan turun hampir setiap malam, namun malam tadi suasana cerah, seakan-akan membawa doa puluhan ribu rakyat Kelantan mengadap Allah Ta'ala. "




click here :

insyaALLAH ,kemenangan berpihak pada orang2 yg berpegang pada tali ALLAH dalam segala aspek.

YA RAHMAN, perkenankanlah hajat kami bg melaksanakan hukum hudud,
YA RAHIM, Engkau berilah petunjuk hidayah pada mereka yg terpesong dari landasan MU ya MALIK


AMIN ya ROBBAL A'LAMIN

Thursday, October 6, 2011

Quran Flash Quran Explorer

jom mengaji :)



click here :
Quran Flash Quran Explorer



sungguh, ALLAH menyukai hambaNya yang patuh dan taat padaNya.. :)

dengan membaca Al-Quran , kita semua pasti akan menemui keajaiban ciptaan ILAHI, dan juga terbukti kekuasaan AL-MALIK :)

Knowing Allah_Does God know future?

:) adakah ALLAH tahu tentang masa depan ?

jom kita mencari kebenarannya :)


click here :
Knowing Allah_Does God know future?

semoga kita dapat menambahkan lagi ketaqwaan dan beristiqomah .. :)
istiqomah itu penting
istiqomah itu penting
istiqomah itu penting

:)

Wednesday, October 5, 2011

awak,kenapa semangat saya ada kat awak?








Pernahkah kita berkawan dengan seseorang sampai jaga dan tidur kita sentiasa memikirkannya? Bila makan teringat kat dia, minum, buat homework, cuma waktu tengok tv je dapat lupakan sekejap. Masa solat pun kadang-kadang teringat kat sahabat ni. Sampai tahap asar 5rakaat dan maghrib 4rakaat. Biasa lah tu. Perkara macam ni berlaku kat orang kapel, walaupun dah nyata yang kapel tu haram. 1hari tak mesej, tak sedap hati, 2hari tak mesej terasa nak mati, 3hari tak mesej.. Hehe.. Mesti cari pengganti. Inilah lumrah manusia. Yang paling kesian apabila perkara ni berlaku kat pelajar yang nak exam. Tak dengar berita atau tak mesej, mulalah tak bersemangat. Inilah sindrom yang dihadapi. 
Kenapa ya, semangat kita selalu dicuri?


Selalu je kan kita jadi macam ni..

....awak, saya tak leh study kalu tak mesej dengan awak, kenapa ya?

Selalu kan hantar mesej macam ni?

Sepatut nya soalan macam ni yang kita tanya.. kalau berani lah..

...awak, kenapa awak jahat sangat? sampai hati curi semangat saya...



Hurm.. Apabila persahabatan yang berteraskan nafsu, macam ni lah jadinya..
Sentiasa ketagih dengan semangat orang.

 Sepatut nya, si sahabat sentiasa mengingatkan sahabat nya pada Allah.
 Supaya sahabat nya bergantung sepenuh hati pada Allah.

 Pernahkah kita merasa kita merasa, jika kita tidak berhubung atau berkomunikasi dengan seseorang, hati kita semakin jauh pada Allah. 

Sesungguhnya, jikalau ada perasaan sedemikian, perlulah kita tahu bahawa itulah sahabat yang kita perlu hampiri dan perlu kita ambil manfaat darinya.

 Jadikan sahabat kita ini sebagai pengawas untuk hidup kita ,
 supaya apabila kita tersungkur nanti, masih ada sahabat yang sanggup memimpin kita di jalan yang benar.

 Inshaallah..




Jadilah kita seseorang yang memberi manfaat kepada orang lain,
Dan jadilah juga kita orang yang selalu bersyukur apabila menerima manfaat dari orang lain..

Renungilah demi iman..






by: indahnya islam (muslim_syumul@ymail.com)