Thursday, October 20, 2011

Bersugi Meraih Redha Ilahi



"Bersugilah kamu, sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari Allah S.W.T.. "


Assalamualaikum w.b.t..

Kali ni , insyaAllah ana akan berkongsi serba sedikit berkait sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Ianya mengenai bersugi.
Apa itu bersugi? Bersugi kalau zaman sekarang orang dah jarang atau langsung tak guna perkataan tu. Bersugi sama makna dengan menggosok gigi, namun alatannya sahaja yang membezakannya. Namun begitu, pada zaman Rasulullah, Baginda menggunakan kayu sugi. Bersugi amat dituntut dalam bukan sahaja agama Islam, bahkan setiap agama menggalakkan supaya bersugi..

Sabda Rasulullah S.A.W. :
" Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang. "
Baginda amat menitikberatkan mengenai hal ini. Bahkan dalam sebuah hadis Baginda yang berbunyi :
" Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. "
Dan dalam sebuah hadis yang lain pula :
" Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah, 
  1. membersihkan mulut
  2. menjadi asbab keredhaan Allah S.W.T..
  3. menjadi asbab kemarahan syaitan
  4. Allah dan para Malaikat mengasihi orang yang bersugi
  5. menguatkan gusi
  6. menghilangkan gelema
  7. mewangikan mulut
  8. menghapuskan safra' ( sejenis penyakit )
  9. menguatkan pandangan mata
  10. menghilangkan bau busuk mulut
Bila masanya yang sesuai / afdhal untuk bersugi ?
Antara waktu yang disarankan bersugi ialah tatkala :
  • sebelum tidur
  • sebelum solat (amat digalakkan)
  • sebelum dan selepas makan
  • semasa bermusafir
  • semasa membaca Al-Quran
  • mulut berbau
  • zikrullah
  • sebelum menghadiri sesuatu majlis/ perjumpaan
Seperti mana sunnah-sunnah Nabi yang lainnya, bersugi turut ada adab-adabnya, antaranya :
  1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan meraih redha Ilahi
  2. membaca basmalah beserta selawat
  3. membasuh berus gigi/ kayu sugi qobla wa ba'dab
Antara larangan ketika bersugi ialah :
  • jangan baring
  • jangan bersugi / menyimpan kayu sugi/berus gigi di dalam tandas

;) Islam itu mudah, dan tak pernah membebankan pengikutnya. Islam amat menyeluruh sifatnya. Jadi, nampaknya setakat ini sahaja info ana pada kali ini yang mampu dikongsi.
Sekiranya ada pertambahan / apa sahaja kemusykilan , bolehlah bertanya. Insya-Allah, ana/sahabat-sahabat blogger ana akan menjawab.

Sekian, wallahu a'lam.

^ Bersama Mendidik Sahsiah dan Memajukan Pentadbiran Islam. ^