Monday, October 3, 2011

dosa? pahala ?

" mudah melakukan dosa ",

memang tidak dapat di nafikan lagi makhluk yang bergelar manusia / khalifah di muka bumi Allah ini mudah melakukan dosa.
sekiranya apa yang disuruh tidak dilaksanakan, dan apa yang dilarang di buat2..

nau'zubillahimin zaalik

>> tahukah antum dengan definisi dosa, pahala ?

dosa ialah sesuatu ganjaran buruk yang diberikan oleh ALLAH kepada hambaNya yang melanggar perintahNya di mana apa yang Dia suruh, ditinggalkan , yang dilarang menjadi amalan

pahala ialah sesuatu ganjaran baik yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNya yang bertaqwa, yang melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan apa yang di larang

sekiranya kita melakukan perkara jahat, kita hanya diberi satu ganjaran buruk
sekiranya kita niat ingin melakukan perkara jahat, tapi tidak terlaksana , kita akan mendapat satu kebajikan daripada ALLAH, atas asbab di mana kita telah berpaling dari melakukan perkara tersebut.

 "mudah mendapat pahala "

sungguh mudah mendapat ganjaran pahala daripada Allah

apabila kita berniat sahaja, kita telah mendapat satu kebajikan di sisi ALLAH, 
namun sekiranya kita telah berniat dan kita melakukan perkara mahmudah tersebut, kita insyaALLAH akan mendapat sehingga 10 ganjaran dan lebih hatta 700 kebajikan daripada ALLAH.

wallahua' alam. ^^