Tuesday, October 4, 2011

kuharap diriku dalam doamu



Pagi-pagi pergi sekolah,
 dengan riang ria nya,
 ramai yang tak sabar nak belajar, 
tapi lebih ramai yang tak sabar nak borak-borak lepak-lepak dengan sahabat mereka yang sangat setia.
 Study sama-sama, group bersama, bentang sama-sama, menuju ke kantin,surau, dewan pun sama-sama, makan? Mesti lah sama-sama jugak kan? (macam lah orang tak tahu, hehe)
kalau kongsi masalah, sahabat lah yang setia mendengar,
 kalau merajuk, mesti sahabat yang pujuk,
 padahal masa zaman baby dulu, langsung tak pernah merajuk ( tak tahulah apa motif insan kiut miut buat macam ni.... Nak cakap curik perhatian pun tak sampai hati, sebab baby pun malu buat macam tu.... Melainkan darurah....)

sebelum pulang pula, 
mesti ada yang bersalaman,
 ada yang cium pipi,
 ada yang melambai-lambai macam kanak-kanak,
 kalau kanak-kanak tengok pun dengki cara kita lambai.
 Bila pulang,
 ada yang macam sedih-sedih,
 macam lah berpisah buat selama-lamanya.

Hurm.. ~_~ ,
 memang sejati lah punya sahabat macam ni.. 
Tapi izinkan daku tanya pada yang baca surat cinta kanak-kanak manja ni ,pernah kah selepas solat, nama sahabat ini turut serta dalam doa sahabat sekalian?
 Sahabat mu ini bukan berharap pun nama ini terselit dalam doa mu, tapi,bukankah sahabat yang betul-betul sejati, sahabat yang teringat diri sahabatnya dalam doa nya..
 Walaupun jauh mata memandang, walau tak pernah bertentang atau bersilang mata, dan, walau sahabatmu itu dah bertemu dgan penciptanya..

^_^

Ku sangat-sangat berharap dan bersyukur jikalau namaku berada di celah-celah doa mu, walaupun berada di sudut terpencil dalam doa mu yang ikhlas itu.bukanlah daku berniat untuk memaksa, alangkah indah persahabatan dengan mendapat keredhaannya.. Allahu Akbar..

^_^
Renungilah demi iman..

by: indahnya islam (muslim_syumul@ymail.com)