Monday, October 3, 2011

pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas mati






daripada Anas r.a , berkata bahawa : ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas ia mati :


1 - sesiapa yang mendirikan masjid , tetap pahalanya selagi mana masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya

2 - sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada individu yang minum daripadanya

3 - sesiapa yang menulis mushaf, akan mendapat pahala selagi mana ada individu yang membacanya

4 - orang yang menggali perigi selagi mana ada orang yang menggunakannya

5 - sesiapa yang menanam tanam - tanaman selagi ada yang memakannya ( manusia / burung )

6 - mereka yang mengajarkan ilmunya yang berguna selama ia diamalkan oleh individu yang mempelajarinya

7 - orang yang meninggalkan anak yang soleh solehah yang selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya